Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, May 06, 2012

LAWATAN 5S DARI MARKAS ARMADA

Oleh: Lt Dya Muhamad Munawar Fitree bin Mat Kilau TLDM
         Pembantu Pegawai Navigasi

Pada 30 April 2012 KD MAHAWANGSA telah menerima kunjungan daripada staf dan pegawai daripada Latihan Penyesuaian Laut (LPL) Markas Armada yang bertujuan untuk melihat sendiri Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang telah diamalkan oleh KD MAHAWANGSA.

Lawatan ke pejabat kapal
Walaupun lawatan tersebut dilakukan secara tidak rasmi dan secara serta merta, namun warga 1 MAHAWANGSA tetap mengalu-alukan kehadiran pihak LPL bagi membantu dan berkongsi maklumat dalam Amalan 5S supaya amalan tersebut dapat diperkembangkan kepada pihak markas. 

Pegawai Memerintah sendiri turun padang 
untuk memberikan taklimat
Pihak LPL telah dibawa melawat ke seluruh kawasan kapal oleh Lt Dya Muhamad Munawar Fitree bin Mat Kilau TLDM dan BM BDI Rusli bin Hussain.

Pada sebelah petangnya pula, kapal telah menerima pelawat yang dibawa oleh PW I KOM Ali bin Kunji Mohamed daripada KD PELANDOK, salah seorang daripada pelawat yang dibawa adalah bekas anggota TLDM sendiri iaitu LK KMR Zulkifli Abdul Jamil yang mana beliau pernah bertugas suatu ketika dahulu di KD MAHAWANGSA. 

Lawatan ke Anjungan
"Terlalu banyak perubahan yang telah dilakukan dan saya berasa amat kagum. Saya telah meninggalkan perkhidmatan TLDM hampir 12 tahun dan tidak sangka sama sekali pihak kapal menggunakan pendekatan 5S yang mana kesannya amat baik jika benar-benar dipraktikkan", kata beliau.

Lawatan di Geladak Kereta Kebal
Beliau dan seluruh keluarga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pegawai Memerintah dan warga 1 MAHAWANGSA di atas pencapaian yang telah dikecapi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...