Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, May 19, 2012

Laut Seperti Cermin

Sumber: 1) Lt Mohd Nasrul bin Hashim TLDM  
                 Pembantu Pegawai Jurutera Letrik & Senjata 
              
             2) Pbt Mohd Hairul bin Hamdan 
                 Ustaz KAGAT 


“Laut seperti cermin.” Itulah kata-kata yang hanya dapat diungkapkan oleh warga kapal KD MAHAWANGSA yang menyaksikan sendiri kebesaran Allah S.W.T di sepanjang pelayaran ke Kuching, Sarawak. 


Kejadian alam yang dibuktikan oleh Allah S.W.T ini menunjukkan keindahan dan kebesaran Maha Pencipta kepada manusia supaya beriman kepada-Nya dan mensyukuri ke atas nikmat yang diberikan. 


Allah ada menyatakan di dalam al – Quran “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan terbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): 

“Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa api neraka.” (Ali ‘Imran: 190 - 191). 


Dalam melaksanakan tugas kepada negara, warga KD MAHAWANGSA tidak pernah lupa menunaikan tanggungjawab kepada Maha Pencipta, berkat daripada solat berjemaah, bacaan Yasin dan Tahlil sepanjang pelayaran dan mendoakan keselamatan kapal dan warga 1MAHAWANGSA sepanjang setiap perlayaran. 

Allah telah melindungi serta memudahkan tugas yang dipikul setiap warga KD MAHAWANGSA. Oleh itu, marilah sama-sama kita sebagai khalifah di bumi Allah ini mensyukuri nikmat dan kesejahteraan yang telah diberikan oleh-Nya dan tunduk patuh serta beriman kepada Allah S.W.T dan menjadi warga TLDM yang disegani di seluruh dunia. Sekian, Sedia Berkorban.

2 comments:

  1. Saya menyaksikan kebesaran Allah SWT ini..Allahuakhbar..

    ReplyDelete
  2. tahniah KD Mahawangsa, saya sudah naik kapal ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...