Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, May 14, 2012

KUNJUNGAN HORMAT KE PUSAT HIDROGRAFI NEGARA (PHN)

Oleh: Lt Muhammad Shafie bin Razi TLDM

        Timbalan Pegawai Peperangan Elektronik


South Port, Klang, 7 Apr 2012– Setibanya kapal KD MAHAWANGSA di Dermaga 4 Pelabuhan Klang, dalam rangka pelayaran Logistik ke Sabah dan Sarawak, kesempatan yang ada dimanfaatkan oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kepten Jamel Bin Abd Rahman TLDM dengan melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan di Pusat Hidrografi negara (PHN) yang terletak di Klang. 


Kunjungan hormat ini telah menjadi satu tradisi bagi Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA dalam setiap rencana pelayaran semasa singgah di pelabuhan bagi mengeratkan hubungan yang telah tersedia terjalin antara kapal dan juga PHN dimana ia merupakan sebuah pusat pemangkin pembangunan hidrografi negara dan pusat penerbitan produk-produk nautika bagi TLDM. 

Sesi pertukaran cenderahati
Meluangkan masa hampir sejam, pertemuan ini menjadikan sebagai tempat pertukaran idea-idea bernas yang boleh dikongsi bersama di antara Pegawai Memerintah dan juga Ketua Pengarah Hidrografi dalam pelbagai aspek dan juga percambahan idea-idea baru timbul semasa pertemuan singkat yang berlangsung di dalam suasana yang penuh harmoni di PHN ini. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...