Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, May 15, 2012

Kebajikan Warga 1MAHAWANGSA Sentiasa Diutamakan

Sumber :Lt Misyran Haffizul Izlan Bin Mazuki TLDM 
             Pembantu Pegawai Jurutera Elektrik & Senjata II 

Kejadian yang tidak diingini telah menimpa Nur’Ain Farhana Fitry binti Abdul Aziz iaitu anak ketiga kepada salah seorang warga 1MAHAWANGSA, 823499 LK PRL Abdul Aziz bin Abd Rahman ketika melakukan tugasan operasi. Bilik Operasi Markas Armada telah melaporkan kejadian tersebut kepada kapal. 

Hasil dari maklumat yang diterima, Nur’Ain Farhana Fitry binti Abdul Aziz berusia 4 tahun terjatuh semasa bermain di rumah dan telah dihantar ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan. Atas dasar kebajikan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM telah mendaratkan anggota di Tanjung Keling, Melaka. 


Pegawai Memerintah telah mengambil tindakan tersebut demi menjaga urusan kebajikan warga 1MAHAWANGSA. Ini menunjukkan TLDM senantiasa perihatin dan mengutamakan hal kebajikan warganya. Kejadian yang tidak diingini ini juga telah membuktikankan ketangkasan warga 1MAHAWANGSA yang sentiasa bersiap sedia dalam apa jua musibah yang mendatang. 

Perkara tersebut terbukti apabila boat crew berjaya menurunkan dan menaikkan bot dengan jayanya pada waktu malam bagi mendaratkan anggota. 


Inilah antara cabaran yang besar bagi warga kapal yang sedang beroperasi di tengah laut. Kami warga 1MAHAWANGSA mendoakan agar keselamatan anak perempuan anggota segera sembuh untuk menjalani kehidupan seperti biasa dan diharapkan anggota bersabar menempuhi ujian dari Allah s.w.t ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...