Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, May 10, 2012

KD MAHAWANGSA Yang Terbaik

Sumber: Lt Mohd Khusainy bin Anua TLDM 

             Timbalan Pegawai Jurutera Hull 

Kejayaan KD MAHAWANGSA menerima Anugerah Pujian Panglima Tentera Laut telah diraikan di Geladak Kereta Kebal pada 3 Mei 12. Penganugerahan ini diberikan di atas kejayaan kapal menyumbang bakti dan mengharumkan nama TLDM di peringkat negara. 


Untuk makluman anugerah tersebut telah disampaikan oleh Panglima Tentera Laut bersempena dengan Perbarisan Istiadat Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-78 bertempat di Padang Kawad KD PELANDOK.

Yang Berbahagia Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengorbanan yang diberikan oleh warga 1MAHAWANGSA. 

‘Sesungguhnya kejayaan yang kita kecapi hari ini merupakan kejayaan kita bersama’ ujarnya lagi. Bravo Zulu buat warga 1MAHAWANGSA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...