Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, June 05, 2012

KD MAHAWANGSA DI PTKK

Sumber: Lt Ashadi bin Ramali
             Timbalan Pegawai Jurutera Marin

KD MAHAWANGSA DAN USS MAKIN ISLAND MERAPAT DI JETI PTKK
Pada 18 Mei 2012, sekali lagi KD MAHAWANGSA telah berada di Pelabuhan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) yang mana merupakan salah satu destinasi dalam pelayaran logistik ke Sabah/Sarawak selepas merapat di Kuching. 

KERJA-KERJA PEMUNGGAHAN KELUAR DAN MASUK BARANG
Kapal telah merapat di jeti PTKK seawal jam 6.30 pagi. Namun pada pagi itu, PTKK bukan sahaja menerima kapal KD MAHAWANGSA malah turut menerima kapal USS MAKIN ISLAND iaitu sebuah kapal carrier yang merapat sejurus saja selepas KD MAHAWANGSA. Saiz kapal tersebut boleh dikatakan dua kali lebih panjang dan dua kali lebih tinggi KD MAHAWANGSA dengan kapasiti anggota seramai 2900 orang.

KERJA-KERJA PEMUNGGAHAN  MASUK RANGSUM
Selesai saja kapal berlabuh di PTKK, tanpa membuang masa warga 1 MAHAWANGSA terus sahaja dengan aktiviti pemunggahan keluar masuk peluru dan barang-barang logistik yang perlu diturunkan di PTKK dan yang akan dibawa pulang ke Lumut nanti. Selain itu juga aktiviti pemunggahan masuk untuk rangsum basah dan rangsum kering juga dilakukan.

Komitmen yang ditunjukkan oleh warga 1MAHAWANGSA dalam aktiviti pemunggahan tersebut adalah sangat tinggi kerana jika tiada kerjasama yang baik dari warga kapal bersama anggota tentera darat dan juga warga PTKK belum tentu aktiviti tersebut boleh selesai dan tamat seawal jam 7.00 malam dengan keadaan baik dan selamat. 

KERJA-KERJA PEMUNGGAHAN  SEHINGGA LEWAT PETANG
Syabas dan tahniah diucapkan untuk warga 1 MAHAWANGSA. Kekalkan semangat tersebut dalam membawa nama baik kapal amnya dan TLDM khasnya ke arah ‘to be a world class class navy’.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...