Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, May 13, 2012

KD MAHAWANGSA CATAT SEJARAH



Meskipun ada banyak lagi agensi lain yang memperoleh sijil amalan persekitaran berkualiti 5S, persekitaran di KD MAHAWANGSA di lihat cukup sempurna. 

Disebabkan kesempurnaan itu, KD MAHAWANGSA kapal milik TLDM yang pertama dianugerahkan persijilan tersebut pada 5 Januari yang lalu. 

Kapal yang mampu bergerak dengan kelajuan 16.5 knot dilengkapi dengan persenjataan berat, radar dan keupayaan kargo dalam jumlah yang besar itu turut memperoleh persijilan kualiti MS ISO 9001:2008 dan OHSAS 18001:2007. 

Selain itu, kapal yang ditauliahkan pada 16 Mei 1983 turut mencatat kejayaan dalam penilaian kesiangaan operasi tahun lalu sehingga dijadikan sebagai role model untuk kapal-kapal TLDM yang lain. 

Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM berkata, organisasi yang boleh mengamalkan amalan 5S boleh mencipta satu transformasi baru yang efektif berkesan dalam sistem pengurusan kerana ia secara tidak langsung membantu meningkatkan kualiti dan daya produktiviti dalam negara. 

Menurutnya amalan perlaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S khususnya dalam sektor awam dan swasta mampu mentransformasikan negara kearah kecermerlangan. 

Amalan 5S merupakan elemen-elemen penting dalam memastikan persekitaran tempat kerja yang lebih cekap dan efisyen dalam memudahkan kerja atau perkhidmatan yang diberikan” Katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan dan swasta ke kapal yang menerima persijilan 5S itu di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan baru-baru ini. 

Lawatan itu diketuai oleh Pengarah Kanan Jabatan Kecemerlangan Perniagaan Perbadanan Produktivti MALAYSIA (MPC) Ab Rahman Yusoff. 

Mengulas lanjut, Jamel berkata, amalan 5S juga akan memberikan banyak faedah dan kebaikan seperti memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa bersih kemas dan sentiasa membantu dalam menjimatkan masa, kos kerja lebih sistematik dan budaya kerja profesional. 

Beliau sangat yakin dengan adanya usaha yang berterusan serta komitmen yang tinggi oleh pengamal-pengamal 5S di sesebuah organisasi, ia mampu mempertingkatkan produktiviti sekiranya berada dalam suasana dan tempat kerja yang kondusif serta selesa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...