Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, May 01, 2012

ISTIADAT PERBARISAN HARI ULANG TAHUN TLDM KE 78

Sumber: www.navy.mil.my



Lumut, 27 Apr- Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar telah menyempurnakan pengambilan tabik hormat Perbarisan Istiadat Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ke- 78 bertempat di Padang Kawad KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut Perak. Sambutan Hari TLDM pada kali ini adalah bertemakan ‘Warga Berinovasi, Menjana Transformasi’. 


Perbarisan ini melibatkan 4 panji-panji yang telah dianugerahkan kepada KD PELANDOK, KD MALAYA, KD PANGLIMA HITAM dan KD RAJAWALI serta 8 kontinjen terdiri daripada 88 orang pegawai dan 569 orang anggota lain-lain pangkat dan diiringi olah Pancaragam Pusat TLDM.

Perbarisan ini diketuai oleh Komander Rosli bin Mokri TLDM dari Markas Bantuan selaku Ketua Perbarisan. Beliau dibantu oleh Leftenan Komander Mohd Faizal bin Mahmood TLDM dari KD PANGLIMA HITAM selaku Penolong Pegawai Perbarisan dan Leftenan Ahmad Zaini bin Abdul Ghani TLDM selaku Pegawai Medan. Sementara Pegawai Waren Perbarisan pada kali ini ialah, Pegawai Waren 1 TLR Roslan bin Deraman.


Dalam perbarisan pagi ini, Panglima Tentera Laut turut menyempurnakan Penyampaian anugerah dan cenderamata kepada pemenang-pemenang anugerah seperti berikut:

a. Anugerah Pujian Panglima Tentera Laut yang merupakan anugerah diberikan kepada pegawai atau anggota LLP serta unit/kapal dalam TLDM yang telah menyumbang bakti dan mengharumkan nama TLDM di peringkat negara. Penerima anugerah pada kali ini ialah:
(Kapal)

- KD MAHAWANGSA

- KD JEBAT

- KD LEKIU

- KD KELANTAN

- KD LEKIR

(Pegawai)

- Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM, Pegawai Memerintah KD Mahawangsa.


- Leftenan Komander Mohamad Sham bin Saimon TLDM, Juruterbang Operasi Pesawat Super Lynx MK 100 dari Skuadron 501.

- Leftenan Komander Fairul bin Mohd Shukor TLDM, Juruterbang Operasi Pesawat Super Lynx MK 100 dari Skuadron 501.

b. Anugerah Bintara Terbaik TLDM 2011 – 824862 Bintara Muda JTP Mohd Aidil bin Othman dari KD LAKSAMANA HANG NADIM.

c. Anugerah Laskar Terbaik TLDM 2011 – 830827 Laskar Kelas 1 PLM Khairul Amin bin Ahmad Fadzil dari Markas Wilayah Laut 1.

d. Pemenang Piala Agong, Kapal Diraja Lekiu – Piala ini dianugerahkan oleh Seri Paduka baginda Yang Di Pertuan Agong kepada kapal yang mencapai tahap pengoperasian tertinggi setiap tahun.

e. Pemenang Piala Gonzales, Kapal Diraja Perantau – Piala ini dianugerahkan oleh mantan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Ahmad Ghazali bin Mohd Seth kepada kapal yang memperolehi markah tertinggi dalam audit pemeriksaan tahunan.

Pemenang Piala Pujian Panglima Tentera Laut, Kapal Diraja Lekiu – Piala ini dianugerahkan setiap tahun kepada kapal yang memperolehi markah tertinggi dalam sistem persenjataan dan kawalan pada tahun tersebut.

Pemenang esei Terbaik TLDM – Lt Kdr Faizal bin Hamzah dari KD Sultan Idris 1 esei yang bertajuk China Rising Power In South China Sea. 

Selain Istiadat Perbarisan yang berlangsung pada pagi ini yang merupakan acara kemuncak Sambutan Hari TLDM yang ke-78, pelbagai program dan aktiviti lain telah dilaksanakan oleh TLDM bagi menyemarakkan sambutan pada tahun ini di seluruh Pangkalan TLDM di antaranya:

a. Projek Jiwa Murni ‛Bersamamu TV3’.

b. Projek Jiwa Murni.

c. Program Bersama Media.

d. Program Derma Darah.

f. Majlis Meraikan Anak-Anak Yatim di KD MAHAWANGSA.

h. Perbarisan Hari TLDM.

i. Hari Terbuka Pangkalan dan Kapal Dibuka Untuk Lawatam Umum.

- Pangkalan TLDM, Lumut: 27 & 28 Apr 2012 (Jumaat & Sabtu)

- MAWILLA 1: Majlis Resepsi Kapal (28 Apr 12, Sabtu).

- MAWILLA 3: Majlis Resepsi Kapal (27 Apr 12, Jumaat).

j. Bacaan Yassin dan Tahlil. Karnival Halal di Masjid An-Nur Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

l. Lawatan ke 96 HAT LUMUT.

m. Khutbah Khas Hari TLDM.

n. Majlis Meraikan Balu-Balu TLDM.

o. Majlis Merasmikan Kompleks Memanah.

p. Lawatan ke PPDK dan Perasmian Kolam Hidroterapi.

q. Majlis Perasmian Blok H.

r. Pelancaran Walkathon Srikandi Nusa Malaysia.
   
Tema sambutan kali ini ‘Warga Berinovasi Menjana Transformasi’ adalah sejajar dengan usaha TLDM untuk melaksanakan di dalam TLDM melalui pembudayaan inovasi. TLDM sebagai sebuah organisasi yang kompetitif, perlu melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dalam segala aspek pemantapan keupayaan organisasi. Penerapan budaya inovasi di kalangan warga amat penting dalam menghasilkan warga yang berfikiran kreatif serta mampu menjana idea-idea yang akan memberi impak positif kepada TLDM serta mampu meningkatkan lagi tahap kualiti dan keberhasilan yang dihasratkan ke arah menjadi sebuah Angkatan Laut Bertaraf Dunia. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...