Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, May 05, 2012

HARI TLDM KE-78: KD MAHAWANGSA DIBUKA UNTUK LAWATAN

Oleh: Lt Nik Ab Karim bin Nordin TLDM
         Pegawai Rekod

Pada 27 & 28 April 2012 KD MAHAWANGSA sekali lagi dibuka untuk lawatan di Pangkalan TLDM lumut sempena dengan sambutan Hari TLDM yang ke-78 yang bertemakan “Warga Berinovasi Menjana Transformasi”. Pelbagai acara telah dilaksanakan, salah satu aktiviti yang dilancarkan adalah kapal terbuka untuk lawatan kepada orang awam dan warga tentera sendiri. Lawatan bermula seawal jam 0900H sehingga jam 1800H yang telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia terutamanya dari ibu kota dan rakyat negeri Perak sendiri.
Antara pelawat yang datang
walaupun keadaan cuaca yang agak terik 
Rata-rata pelawat yang datang tidak henti-henti memuji tentang aspek kebersihan dan kagum dengan Amalan 5S yang diamalkan di KD MAHAWANGSA. Ada di antara mereka yang datang adalah bekas pesara TLDM yang pernah berkhidmat di kapal ini juga tidak menyangka yang keadaan kapal masih seperti baru jika dibandingkan dengan umurnya yang telah menjangkau 30 tahun.

Sebahagian dari PALAPES UPNM yang datang melawat 
Menarik perhatian penulis pada hari tersebut adalah kunjungan pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk melawat kapal-kapal perang milik TLDM. Mereka yang juga anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) kagum dengan keunikan KD Mahawangsa yang mempunyai Geladak Kereta Kebal yang luas dan persekitaran yang mereka katakan seakan sebuah muzium benar-benar membuatkan hati penulis berasa bangga berkhidmat di KD MAHAWANGSA.

Antara keluarga yang mengambil peluang
memenuhi masa lapang di hujung minggu
Sepanjang waktu lawatan pengunjung tidak putus-putus datang sehingga ada yang tidak dapat melawat kerana kesuntukan masa lawatan yang telah melebihi jam 1800H. Ikhlas dari hati penulis yang bangga menjadi warga TLDM kerana rata-rata pelawat bangga dengan apa yang dikecapi oleh TLDM dalam mempertahankan kedaulatan maritim dan keselamatan perairan negara. “SEDIA BERKORBAN”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...