Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, May 02, 2012

Cucian Kapal

Sumber: Lt Muda Rohadi Jusoh PSSTLDM 
             PSSTLDM KD SRI KLANG




11 April 2012 – Setelah kapal telah mula melabuhkan diri di jeti Mawilla 3, kesemua krew kapal mula mempersiapkan diri melakukan aktiviti cucian kapal, aktiviti ini sudah menjadi kebiasaan buat semua anggota, seramai 130 anggota KD MAHAWANGSA dan 68 anggota PSSTLDM KD SRI KLANG menyertai aktiviti yang cukup meriah ini.


Ke semua anggota tidak mengira pangkat samaada pegawai, lain-lain pangkat dan orang awam yang berada di KD MAHAWANGSA akan terlibat secara langsung dengan aktiviti ini. Pegawai Memerintah juga tidak ketinggalan membantu kami dalam membuat cucian kapal. 


Bagi mengurangkan jurang pangkat kesemua anggota akan memakai pakaian “Overall” tanpa pangkat semasa aktiviti dijalankan. Pembahagian tugas akan di lakukan dan diagihkan mengikut kawasan yang terlibat seperti di Flag Deck, Vehicle Deck, Helo Deck, ship side dan lain-lain. Selain itu peralatan pembersihan juga diagihkan mengikut tahap kesukaran cucian. 


Ternyata aktiviti ini telah memberikan impak yang sangat besar kepada warga kapal kerana mereka dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain, menanam sifat rendah diri walaupun ada di antara mereka mempunyai pangkat yang lebih tinggi atau senior, dan dapat memastikan kapal berada dalam keadaan terbaik semasa melakukan pelayaran atau tugasan. Ini adalah pengalaman yang sangat berguna buat warga PSSTLDM KD SRI KLANG yang pertama kali membuat latihan pelayaran bersama kapal terbaik TLDM ini. 

Setelah penat membuat cucian kapal ke semua krew kapal akan diberikan pelepasan keluar kapal daripada Pegawai Memerintah. Peluang ini akan digunakan krew kapal membeli cenderamata kepada keluarga dan rakan-rakan apabila pulang kelak. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada warga KD MAHAWANGSA kerana sudi membawa kami belayar ke Langkawi. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...