Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, May 08, 2012

Bintara & Laskar Terbaik Bagi Bulan April 12

Sumber: Lt Mohd Khusainy bin Anua TLDM
             Timbalan Pegawai Jurutera Hull

Pada 3 Mei 12 majlis penyampaian sijil bagi Bintara dan Laskar Terbaik bagi Bulan April 2012 telah diadakan pada jam 0830H bertempat di Geladak Kereta Kebal. 820360 BK TMK MOHD NORHISHAM BIN MOHD YUSOFF telah dinobatkan sebagai Bintara Terbaik Bulan April 12. Bintara seorang yang aktif menyertai berbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kapal mahupun pangkalan. Kepercayaan yang diberikan oleh pegawai kepada bintara menyebabkan bintara dipilih sebagai bintara terbaik kali ini.


Bagi Laskar Terbaik Bulan April 12 jatuh kepada 829552 LK TLS MOHD HASSUADI BIN ABD JALIL. Anggota telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya serta patuh pada arahan yang diberikan. 


Pihak warga 1MAHAWANGSA sekali lagi merakamkan sekalung tahniah dan syabas di atas kejayaan anggota dinobatkan sebagai Bintara dan Laskar Terbaik Bulan April 2012. Diharapkan dengan kejayaan itu nanti dapat menaikkan lagi semangat warga 1MAHAWANGSA supaya bekerja bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik di dalam apa jua bidang yang diceburi.




Bulan Silih Bertukar Ganti,
Buat Setahun Yang Dinanti-nanti,
Bintara Dan Laskar Terbaik Selalu Bertukar Ganti,
Buat Pemenang Dikemudian Hari


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...