Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, April 06, 2012

Warga KD Mahawangsa kongsi pengalaman

Sumber: www.sinarharian.com


KUANTAN - Kejayaan KD Mahawangsa memperoleh pengiktirafan Pensijilan Persekitaran Berkualiti QE (5S) daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Januari lalu menarik minat banyak pihak untuk mengetahui mengenai amalan kerja yang diuruskan anggota kapal tersebut.

Malah kejayaan itu juga menjadikan KD Mahawangsa sebagai kapal perang pertama yang mendapat pengiktirafan itu di Malaysia dan juga di dunia.

Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, Kapten Jamel Abd Rahman, berkata, pihaknya sentiasa membuka peluang dan menerima kunjungan pelawat sebagai salah satu perkongsian pengalaman dan ilmu berkaitan amalan 5S.

Menurutnya, lawatan itu juga sebagai salah satu promosi kepada organisasi yang sedang dalam proses mendapatkan pensijilan berkenaan.

“Kita sedia berkongsi dengan organisasi lain kerana pelaksanaan amalan 5S memerlukan komitmen dan kerjasama daripada semua kakitangan.

“Pendedahan sebegini sedikit sebanyak akan memberi idea ke arah inovasi persekitaran berkualiti,” katanya ketika ditemui pada Lawatan Persekitaran Berkualiti QE (5S)KD Mahawangsa Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini.

Hadir sama,Pengarah Kanan Jabatan Kecemerlangan Perniagaan MPC, Ab Rahim Yusoff dan Pengarah Wilayah MPC Wilayah Pantai Timur, Kamaruzzaman Kasim.

Sementara itu, Ab Rahim berkata, pihaknya sentiasa menyediakan program sokongan bagi membolehkan semua kakitangan dan pegawai jabatan serta agensi swasta untuk melaksanakan amalan 5S.

Katanya, sistem amalan Persekitaran Berkualiti yang diamalkan oleh kebanyakan organisasi berjaya memantapkan persekitaran kerja yang lebih positif selain meningkatkan produktiviti.

“Melalui data 5Spada tahun lalu, MPC Wilayah Pantai Timur, sebanyak 87 syarikat telah mendapat sijil 5S manakala 61 daripadanya adalah organisasi dari Pahang.

“Kita menyasarkan peningkatan sebanyak 20 peratus organisasi akan mendapat sijil 5S tahun ini melalui pecahan 70 peratus jabatan kerajaan manakala 30 peratus daripada sektor swasta,” katanya.

Pada lawatan itu, kira-kira 200 pelawat daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta berpeluang melihat sistem kerja dan melihat sendiri amalan 5S yang diamalkan KD Mahawangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...