28 Mac 2012
KUANTAN –
Kejayaan KD Mahawangsa memperoleh pengiktirafan Persijilan Amalan Persekitaran
Berkualiti QE (5S) daripada Perbadanan Produktivi Malaysia (MPC) Januari lalu
menarik minat banyak pihak untuk mengetahui mengenai amalan kerja yang
diuruskan anggota kapal tersebut.
Malah kejayaan
itu juga menjadikan KD Mahawangsa sebagai kapal perang pertama yang mendapat
pengiktirafan itu di Malaysia dan juga di dunia.
Pegawai
Memerintah KD Mahawangsa, Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM berkata pihaknya
selalu membuka peluang dan kunjungan pelawat sebagai salah satu perkongsian
pengalaman dan ilmu berkaitan amalan 5S.
Menurutnya,
lawatan itu juga sebagai salah satu promosi kepada organisasi yang sedang dalam
proses mendapatkan persijilan berkenaan.
“Kita sedia
berkongsi dengan organisasi lain kerana perlaksanaan 5S memerlukan komitmen dan
kerjasama daripada semua kakitangan.
“Pendedahan
sebegini sedikit sebanyak akan memberi idea kearah inovasi persekitaran
berkualiti”, katanya ketika ditemui pada lawatan 5S ke KD Mahawangsa di
Pangkalan TLDM Tanjung Gelang.
Hadir sama
Pengarah Kanan Jabatan Kecemerlangan Perniagaan MPC Ab Rahim Yusoff dan
Pengarah Wilayah MPC Wilayah Pantai Timur, Kamaruzzaman Kasim.
Sementara itu
Ab Rahim berkata, pihaknya sentiasa menyediakan program sokongan bagi
membolehkan semua kakitangan dan pegawai jabatan serta agensi swasta untuk
melaksanakan amalan 5S.
Katannya,
sistem amalan Persekitaran Berkualiti yang diamalkan oleh kebanyakkan
organisasi berjaya memantapkan persekitaran kerja yang lebih positif selain
meningkatkan produktiviti.
“Melalui data
5S pada tahun lalu, MPC wilayah timur sebanyak 87 syarikat telah mendapat sijil
5S manakala 61 daripadanya adalah organisasi dari Pahang.
“Kita menyasarkan
peningkatan sebanyak 20% organisasi akan mendapat sijil 5S pada tahun ini
melalui pecahan 70% jabatan kerajaan dan 30% daripada sektor swasta,” katanya.
Pada lawatan
itu, kira-kira 200 pelawat daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta
berpeluang melihat sistem kerja dan amalan 5S yang diamalkan KD Mahawangsa.
No comments:
Post a Comment