Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, April 14, 2012

Untukmu Mahawangsa

Nukilan: Lt M Siti Amirah bt Harun@Dollah PSSTLDM
                PSSTLDM KD SRI KLANG



MAHAWANGSA..

Namamu harum seindah kemboja,
Menjadi igauan segenap isi dunia,
Dirimu mendukung pekerti perwira,
Gagah dan perkasa!
Hari-harimu ditemani ombak  dan badai yang melanda,
Namun, kau tetap utuh di lautan penuh pancaroba.

MAHAWANGSA..
Bahtera bertuah!
Nakhodamu berhati waja! jiwanya kental!
Katanya terpimpin, butir bicaranya menusuk kalbu,
Darah satria yang mengalir ditubuh,
Bagaikan mengajarnya erti sebuah kehidupan,
Rela meninggalkan insan tersayang,
Untuk menjadi penentu haluan warga yang setia.

MAHAWANGSA..
Wargamu terbilang!
Jelas diraut wajah mereka,
tiada segelintir rasa takut,
tiada secebis rasa gentar
tidak peduli terang dan gelap
tidak mengenal penat dan lelah
walau dilanda onak dan ranjau berduri,
warga yang berbangga
senantiasa berjuang dengan kerelaan,
Dengan ukhuwah yang terjalin mesra,
Dengan semangat yang membara,
Dengan pemimpin berminda kelas pertama
Membawa mereka terus, ke puncak kejayaan.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...