Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, April 13, 2012

Tsunami!!!


Sumber: Lt Mohd Hafizi Bin Mohd Fauzi TLDM
            Timb. Pegawai Geladak

Kapal telah merapat ke jeti MAWILLA 3 pada 12 Apr 12 jam 9 pagi. Sebaik kapal merapat, anak-anak kapal bersama anggota-anggota PSSTLDM telah membuat cucian kapal sebagai rutin apabila kapal merapat ke jeti untuk mengekalkan tahap kebersihan sesuai dengan gelaran kapal sebagai ‘The Best Damn Ship’.


Warga kapal dan PSSTLDM
bersama melakukan cucian

Selepas itu, aktiviti kapal disusuli dengan raptai sebagai persediaan menghadapi lawatan MPC bahagian utara. Sebaik sahaja aktiviti-aktiviti  selesai, anak-anak kapal bersama warga PSSTLDM diberi kelepasan untuk menikmati keindahan Pulau Langkawi sehingga tamatnya kelepasan pada tengah malam ini.

Semua warga kelihatan sangat gembira selepas 3 hari pelayaran untuk latihan PSSTLDM. Namun disebalik kegembiraan semua ini, berlakunya suatu kejadian buruk di negara jiran kita. Pegawai Memerintah telah mendapat satu berita mengenai kejadian gemba bumi yang melanda Sumatera dengan 8.9 skala ritcher.

Amaran tsunami telah dikeluarkan dan perintah pelayaran dikeluarkan oleh pegawai memerintah 10 minit selepas berita dimaklumkan kepadanya. Kapal telah mengeluarkan arahan General Recall dimana semua warga kapal serta penumpang diarahkan untuk pulang ke kapal dalam keadaan segera untuk belayar pada bila-bila masa.

Bendera 'PAPA" berkibar:
All personnel return to ship; proceeding to sea (Inport).
Seluruh warga yang sedang berkelepasan telah dimaklumkan melalui pesanan SMS daripada Pegawai Bertugas Harian dan juga PROTELA MAWILLA 3 yang memainkan peranan untuk memaklumkan warga kapal di sekitar Pulau Langkawi.

Sejam selepas arahan pelayaran dikeluarkan, kapal telah pun mengumpul semua pegawai dan anggota yang cukup untuk kapal belayar. Ini menunjukkan tahap kesiagaan yang amat tinggi warga kapal walaupun sudah lebih kurang 4 jam berkelepasan di Pulau Langkawi. Warga PSSTLDM juga telah menunjukkan tahap kesiagaan mereka yang tinggi apabila mampu untuk pulang ke kapal dengan kekuatan penuh dalam masa yang singkat.


Warga kapal dan PSSTLDM berkumpul mengira kekuatan 
Seterusnya kapal menunggu untuk arahan selanjutnya untuk belayar dan perlu berada dalam keadaan sedia untuk belayar pada bila-bila masa. Dalam masa yang sama, kapal telah melaksanakan solat maghrib berjemaah dan bacaan yassin untuk memohon agar negara selamat dari bencana tsunami ini. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...