Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, April 22, 2012

STESEN BERTINDAK

Sumber: LtM Aminul Hayat Yusof PSSTLDM
             PSSTLDM KD SRI KLANG




Tanggal 12 Apr 2012, setelah satu hari dua malam bersama KD MAHAWANGSA, kami di gemparkan dengan satu laungan dalam menjalani latihan menghadapi peperangan.


”Bertindak”..“Bertindak”..”Bertindak”..Anak-anak kapal ke Stesen Bertindak… kedengaran laungan kuat dan tegas melalui ‘main broadcast’ yang diulang 2 kali supaya arahan ditusuk ke telinga warga kapal dengan jelas dan tepat.

Kami warga PSSTLDM teruja, kekalutan serta terkedu sejenak, dengan keberanian yang cetek serta keyakinan yang tipis, kami warga PSSTLDM begegas ke lokasi yang telah ditetapkan mengikut awasan masing-masing, kebetulan Awasan Biru telah termaktub untuk berkumpul di kawasan ‘ensign locker’. Kami dapat melihat dengan jelas pergerakan demi pergerakan meriam 57 mm atau dikenali sebagai ‘A Gun’. 


Leretan mata leka melihat tarian ‘A Gun’ disentap oleh dentuman yang kuat serta menghasilkan gegaran berskala kecil. Lima das tembakan telah dilepaskan. Belum puas jantung berdegup kencang, laungan dr ‘main broadcast’ sekali lagi kedengaran “..kapal masih lagi menghadapi acaman musuh..” tiba-tiba, peluru berdiameter 57mm sekalil agi dilepaskan ke udara menuju ke sasaran sebanyak 2 kali. Kali ini tembakan dilepaskan melalui ‘Y Gun’.



Aku memerhatikan kekalutan seperti berada pada keadaan sebenar peperangan. kelincahan anggota-anggota kapal mengendalikan serta menembak menggunakan  2 x 20mm menyebabkan aku teruja. Di kesempatan yang sama aku dan rakan-rakan diminta menyarung helmet serta diberi peluang untuk menembak menggunakan GPMG. Genggaman yang erat serta keterujaan yang tinggi…picu di petik dgn mudah tanpa mengambil masa yang lama… PANG!..PANG!..PANG!..bukan kena lempang…tapi itu bunyi yang terjah dari GPMG….KLING!...KLING!...KLING!...kelongsong bertaburan di atas ‘deck’. Puas hati aku dapat mencuba GPMG dan ini merupakan pengalaman pertama aku menggunakannya.­­



Setelah beberapa minit, sekali lagi kami dikejutkan dgn jeritan “API!..API!.API!...API! di Wisma Bintara”…tiupan angin kering beserta masin diikuti peluh mengalir deras dari dahi ke dagu. Kami bergegas ke ‘midship’ serta berkumpul…”kumpulan attack non BA merapat” kedengaran DCHQ melapor….kami warga PSSTLDM diberi peluang untuk membantu krew kapal. Ketika melawan kebakaran, corong telinga di lunakkan lagi dgn laporan DCHQ “api semakin marak… asap semakin tebal…attack BA merapat” dengan pakaian keselamatan yang sempurna. Setelah ½ jam bertungkuslumus…barulah kedengaran DCHQ melapor “api selamat dipadamkan, Walaupun sebagai latihan, kami berbangga kerana diberi peluang bersama-sama warga kapal untuk turut serta di dalam latihan melawan kebakaran. 
 


Kesiapsiagaan KD MAHAWANGSA berada pada tahap yang membanggakan, kami warga PSSTLDM mengucapkan TAHNIAH kepada warga 1MAWANGSA amnya dan Kept Jamel khasnya kerana kesungguhan serta tanpa penat lelah mengajar serta berkongsi pengalaman bersama kami. SEKIAN. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...