Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, April 01, 2012

Solat Jamak Qasar Maghrib Dan Isyak Berjemaah Serta Majlis Bacaan Yasin Bagi Pelayaran Eks Tiger One


Sumber: Lt Muhammad Nashrulshah bin Norasmi TLDM
                Timbalan Pegawai Geladak


Setiap kali hari pertama pelayaran bagi KD MAHAWANGSA akan diadakan aktiviti kerohanian dengan mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil selepas solat di geladak kereta kebal.

Pelayaran kami dari Lumut ke posisi bersauh di persekitaran pantai Rompin, Pahang bagi Eks Tiger One bersama anggota 21 GGK komando. Majlis ini telah dihadiri anggaran seramai 120 orang warga kapal yang tidak bertugas serta anggota komando dan dipimpin oleh Ustaz Mohd Hairul bin Hamdan.


Majlis ini diadakan bagi memohon kehadrat ilahi untuk melancarkan dan melindungi kami sepanjang pelayaran dan selamat sampai ke destinasi yang hendak ditujui. Majlis tahlil tersebut selesai pada jam 2030H dengan penuh keberkatan dan penghayatan sesama warga kapal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...