Warga TLDM hari ini dikejutkan
dengan berita pemergian Kept Ahmad Shukri bin Hj Mohd Yunus TLDM.
Beliau telah kembali ke
rahmatullah pada petang 31 Mac akibat sesak nafas ketika menjalankan aktiviti
konvoi bermotosikal ‘Big Bike’ ke Terengganu. Konvoi bermotosikal besar serta
berekspedisi dengan mountain bike merupakan
aktiviti riadah kegemaran beliau sepanjang berkhidmat di Cawangan Udara TLDM
(CUT).
Jenazah beliau akan dikebumikan pada
jam 1100 pagi ini di tempat kelahiran beliau di Bentong, Pahang. Kematian
beliau ini cukup memberi kesan pada CUT dan TLDM kerana beliau merupakan
pemerintah tertinggi di CUT dengan menjawat jawatan sebagai Komander Markas
Udara (KMU).
Daripada pihak pengurusan dan
warga kapal KD MAHAWANGSA salam takziah dihulurkan kepada keluarga Allahyarham,
semoga roh beliau dicucuri rahmat bersama-sama orang yang soleh.
![]() |
| Majlis Meraikan Anak-anak Istimewa sempena Hari TLDM ke-77 di Dewan Sidek |
![]() |
| Perbarisan KMU di CUT |










takziah buat kluarga kapten shukri. moga rohnya dicucuri rahmat. saya juga berasa amat sedih ats pemergiaan beliau. ;C
ReplyDeleteTakziah buat keluarga Allahyarmah... Alfatihah.. semoga rohnya bersama orang-orang yang beriman.
ReplyDeleteTakziah untuk seluruh keluarga Allahyarham,, KepadaNya kita dikembalikan.
ReplyDelete