Nukilan: Kdr Najhan TLDM
Mantan Pegawai Memerintah KD PERANTAU
Sudah genap 30 hari saya melepaskan jawatan
saya sebagai Pegawai Memerintah KD PERANTAU.
Pada pagi ini sewaktu saya merenung jauh ke luar tingkap di pejabat baru
saya, saya masih terbayang lagi raut wajah warga kapal KD PERANTAU memberi
tabik hormat, menyapa dan memberi senyuman kepada saya. Ya... terlalu cepat waktu berlalu dan tempoh
506 hari sebagai nakhoda kini hanya tinggal kenangan. Harus saya akui bahawa
pengalaman sebagai seorang Pegawai Memerintah merupakan satu tempoh yang paling
berharga dalam perjalanan hidup saya.
Sukar untuk menggambarkan betapa ia memberi kesan kepada kehidupan saya
sebagai seorang Pegawai TLDM dan sebagai seorang manusia biasa. Ianya begitu
bermakna dan kesannya kepada diri saya amat dalam.
Di kesempatan ini saya ingin mengabadikan
sesuatu untuk seluruh warga kapal KD PERANTAU.
Saya tuliskan sajak ini untuk sekelian kamu. Telah saya bacakan sajak ini dengan penuh
emosi pada Jamuan Perpisahan yang dianjurkan khas untuk saya. Malam itu, saya telah menerima banyak
hadiah. Hadiah-hadiah itu diberi oleh setiap
jabatan dan ada juga hadiah dari individu-individu tertentu yang diberi khas
buat saya. Saya amat terharu dan
tersentuh menerima hadiah-hadiah itu.
Saya tidak menyangka akan menerima hadiah-hadiah sehebat itu. Bagi saya, saya bukanlah seorang yang layak
untuk menerima penghormatan yang setinggi itu.
Saya hanya menjalankan tugas sebagai Pegawai Memerintah. Saya masih ingat pesanan saya kepada Pegawai
Laksana bahawa saya tidak mahu sebarang hadiah.
Tetapi Pegawai Laksana telah kembali semula kepada saya dengan
mengatakan bahawa beliau tidak boleh menghalang warga kapal untuk menunaikan
hajat masing-masing. Permintaan saya
untuk tidak diberikan sebarang hadiah tidak diperkenankan oleh warga kapal.
Saya terpaksa menerima hakikat itu.
Walaupun saya tidak begitu selesa menerima
hadiah yang agak berharga namun saya dapat merasakan keikhlasan yang terpancar
di wajah mereka. Akhiran cerita agak
mudah, saya amat-amat berbangga menerima hadiah-hadiah dari mereka. Saya berjanji akan abadikan kesemua pemberian
itu di satu sudut di rumah saya. Buat masa ini saya masih kumpulkan kesemua
hadiah-hadiah tersebut di ruang tamu rumah saya. Saya masih berkira-kira di mana tempat yang paling
sesuai untuk saya abadikan semua pemberian ini.
Memandangkan pemberian kalian agak banyak dan dalam bentuk, ukuran dan
size yang berbeza, saya perlu menyediakan sebuah almari khas untuk semua
hadiah-hadiah ini.
Saya akui yang saya tidak mampu membalas
pemberian hadiah-hadiah ini. Untuk
seluruh warga kapal, saya telah hadiahkan kamu sebuah sajak yang saya cipta
sendiri. Sajak ini saya berikan bersama
sebuah rantai kunci yang saya beli dari Pangkalan Pearl Harbor, Hawaii, Amerika
Syarikat. Rantai kunci itu diperbuat dari
tembaga. Masih berkilat walaupun sudah
kelihatan beberapa titik-titik hitam pada rantai dan tulisannya. Di hujung rantai kunci itu ada sebuah plate yang tertulis 'I LOVE MY SAILOR'.
Ya, saya memang menyayangi mereka... saya amat-amat menyayangi mereka. Sebelum berundur diri sebagai Pegawai Memerintah, hanya rantai kunci dan sajak sahaja yang dapat saya hadiahkan buat seluruh warga kapal saya.
Pada hari ini saya ingin kongsikan pula sajak
saya ini di laman sesawang ini kerana saya melihat sajak yang saya cipta ini
tidak eksklusif untuk warga KD PERANTAU sahaja.
Ia juga mungkin bermakna kepada seluruh warga armada... Justeru,
terimalah hasil nukilan saya.
Rantai kunci ini
Rantai
kunci ini...
Telah
sentiasa menemaniku..
Telah
sentiasa mengingatiku..
Agar
tindakan yang ku ambil..
Agar
keputusan yang ku buat...
Tidak
akan sesekali...
Membelakangi
kamu...
Kerana
kamu wargaku...
Rantai
kunci ini...
Ku
abadikan bersama nukilan ini...
Bukan
untuk menjadi keramat...
Bukan
untuk menjadi azimat..
Tetapi
sebagai utusan ingatan...
Agar
kamu memahami...
Agar
kamu menyedari...
Kerana
kamu wargaku...
Rantai
kunci ini...
Membawa
definisi mudah...
Tidak
sesukar teori Galileo...
Tidak
sesulit hitungan Riemann..
Pengertiannya
amat mudah...
Sifat
rasmi seorang nakhoda itu...
Tidak
kira dari mana asalnya...
Tidak
kira siapa keturunannya..
Tidak
kira apa kepercayaannya..
Dia
pastinya...
Sepanjang
masa..
Akan
menyayangi kamu...
Akan
menjaga kamu...
Kerana
kamu warganya...
Rantai
kunci ini...
Harus
hadir bersama janji...
Tidak
kira sebesar mana gelombang mendatang...
Tidak
kira sekuat mana badai menghempas...
Tidak
kira segelap mana langit di atas...
Jangan
tinggalkan dia...
Percayai
dia...Patuhi dia...Dukungi dia...
Kerana
dia...Nakhoda kamu...
Kerana
dia... Kepten kamu...
Kerana
dia... Pegawai Memerintah kamu...
Kerana
dia lah juga...
Yang
telah mematri rantai kunci ini di hatinya...
Kerana
kamu warganya...
Nukilan oleh: Kdr
Najhan MS TLDM
Pada: 22 Feb 12
No comments:
Post a Comment