Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, April 02, 2012

Perpisahan Pegawai


Sumber: Lt Mohd Nasrul Hashim TLDM
                Pembantu Pegawai Jurutera Eletrik & Senjata


Satu majlis ringkas diadakan bertujuan menyampaikan cenderahati kepada Pegawai Jurutera Marin (PJM) KD MAHAWANGSA Lt Kdr Mohd Mahadir bin Hanafiah TLDM  dan Timbalan Pegawai Geladak (TPG) Lt Muhammad Nashrulshah bin Norasmi TLDM bagi menghargai jasa dan khidmat kedua-dua pegawai tersebut yang telah berkhidmat di KD MAHAWANGSA masing-masing selama 1 tahun 8 bulan dan 2 tahun 8 bulan. 

Majlis yang diraikan dengan penuh bermakna bagi PJM dan TPG yang akan bertukar keluar masing-masing ke MTL - Log Jutra dan PUSMAS TLDM menunjukkan tanda penghargaan Wisma Perwira KD MAHAWANGSA kepada kedua-dua pegawai yang telah banyak membantu bermula kapal dalam proses pasang pulih di imbungan sehinggalah kapal beroperasi sepenuhnya dan telah terlibat secara langsung semasa kapal menjalani proses persijilan ISO : OHSAS dan persijilan 5S.


Cenderahati disampaikan kepada kedua-dua pegawai oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM dengan diiringi oleh Yang Dipertua Wisma Perwira KD MAHAWANGSA Kdr Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM.  PJM mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan segala tunjuk ajar yang telah dicurahkan oleh Pegawai Memerintah dan Pegawai Laksana sepanjang beliau berkhidmat di kapal.  Seterusnya, TPG mengucapkan terima kasih di atas majlis yang dilakukan bagi meraikan mereka berdua dan menyatakan penghargaan kepada Wisma Perwira dan menghargai keakraban hubungan semua pegawai seperti satu keluarga.


Pegawai Memerintah menasihati kedua-dua pegawai tersebut supaya meneruskan sikap positif yang telah ditunjukkan semasa berkhidmat di KD MAHAWANGSA ke unit yang baru dan membuktikan “This is the product of The Best Damn Ship in the Navy.”  Wisma Perwira mengucapkan ribuan terima kasih atas segala khidmat dan tenaga yang diberikan oleh kedua-dua pegawai dan mendoakan agar mereka terus maju menempuh segala cabaran dan dugaan dalam perkhidmatan TLDM.  Sedia berkorban.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...