Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, April 07, 2012

Pengalaman Pertama PKBM (L) Zon Perak Di Atas KD MAHAWANGSA


Sumber: Lt Muhammad Norfadli bin Badri TLDM
             Pembantu Ketua Pegawai Peperangan


Seramai 160 peserta terlibat dalam Pelayaran Latihan Laut PKBM (L) Zon Perak yang terdiri daripada pegawai, jurulatih/staf KDP, wakil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), guru pengiring dan ahli kadet PKBM (L) dari 10 buah sekolah sekitar negeri Perak. Pelayaran bermula jam 9 pagi apabila kapal meninggalkan Tambatan Pelabuhan Lumut (TPL) belayar sekitar perairan Pulau Pangkor dan berlabuh semula pada jam 3.30 petang hari yang sama. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang pelayaran ini antaranya ialah lawatan ke sekitar kapal.


Sebelum peserta dibawa melawat sekitar kawasan kapal, mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk langkah keselamatan dan keselesaan. Kawasan yang dilawati peserta ialah geladak bendera, anjungan, port/stbt wing, geladak bot, geladak haluan, geladak penerbangan, geladak suku, wisma bintara, wisma laskar, geladak kereta kebal dan ruangan pejabat kapal. Seorang pengiring telah ditugaskan untuk mengiringi setiap kumpulan dan setiap tempat yang dilawati telah diberi penerangan yang jelas oleh pegawai dan anggota kapal yang ditugaskan menjaga kawasan itu.


Peserta turut didedahkan dengan tugas mengemudi kapal di anjungan, cara pengendalian senjata kecil dan meriam 20mm. Peserta juga diberi penerangan mengenai Amalan 5S yang ada di kapal dan rata-rata peserta kagum dengannya kerana sekolah mereka baru sahaja hendak memulakannya.


Semasa pelayaran juga, peserta telah makan tengahari bersama-sama Pegawai Memerintah di Geladak Kereta Kebal dan menunaikan solat Zohor berjemaah.



Diharapkan latihan sebegini dapat dilaksanakan secara berterusan kerana ianya bukan saja dapat mempromosikan TLDM sebagai kerjaya pilihan dan menarik minat golongan muda menyertai TLDM malahan menaikkan imej TLDM di mata masyarakat. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...