Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, April 23, 2012

PENGALAMAN DI PEKAN KUAH

Sumber: LtM Nor Alehan Binti Anas PSSTLDM
                PSSTLDM KD SRI KLANG

Pada 11 April, selepas aktiviti mencuci kapal di pelabuhan Markas Wilayah Laut Tiga (MAWILLA 3), kami telah diberi kelepasan, Perkhidmatan bas ke Pekan Kuah di sediakan oleh pihak MAWILLA 3.


Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di Pulau Langkawi. Oleh itu, saya dan rakan-rakan mengambil kesempatan menyewa sebuah van untuk melawat tempat-tempat menarik yang berada di sekitar Langkawi.

Malangnya, belum sempat kami menjejakkan kaki di mana-mana, kami diminta pulang ke kapal semula kerana terdapat gempa bumi di Sumatera serta terdapat ancaman tsunami. Namun begitu, kekecewaan kami terubat apabila pihak berkuasa mengesahkan bahawa pulau tersebut tidak terdedah kepada bencana tersebut. Maka, pada keesokkan harinya, kapal sekali lagi memberikan kelepasan kepada anak-anak kapal.

Saya dan rakan-rakan merancang untuk berada sekitar Pekan Kuah sahaja. Ianya adalah sebuah pekan yang menyediakan pelbagai perkhimatan berkaitan pelancongan seperti sewaan kenderaan, khidmat pelancong, aktiviti jual beli, penginapan dan pelbagai lagi. Bukan sahaja di pekan ini, malahan seluruh Langkawi terkenal dengan jolokan pulau bebas cukai kerana menyediakan pelbagai produk yang murah dan berkualiti.



Saya juga tidak ketinggalan untuk berbelanja di Pekan Kuah antaranya coklat, pakaian dan fabrik,, minyak wangi serta pinggan mangkuk yang berjenama. Peniaga di Pekan Kuah sangat ramah kerana mereka tidak lokek untuk berkongsi maklumat dengan kami. Walaupun tiada cukai dikenakan, para pembeli perlu berhati-hati dalam memilih produk yang diingini. Hal ini kerana, tidak semua kedai menjual produk mereka pada harga yang sama.

Selain Pekan Kuah, kami juga berkesempatan melawat Dataran Lang yang terletak 2 km dari Pekan Kuah. Dataran ini menempatkan replika burung helang yang menjadi kebanggaan kepada penduduk Langkawi selain sejarah dan mitosnya tersendiri seperti Mahsuri. Diharapkan, saya dapat kembali lagi ke pulau tersebut bersama keluarga untuk berbelanja. Saya juga berharap agar Pulau Langkawi akan terus maju dan terkenal di mata dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...