Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, April 14, 2012

PELAYARAN PKBM (L) BERSAMA KD MAHAWANGSA 1 HARI AMAT BERMAKNA

Sumber: www.navy.mil.my



KUALA LUMPUR, 6 Apr 12 - Pelayaran Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Laut (PKBM (L)) Zon Perak mencatat sejarah apabila impian murid-murid sekolah yang merupakan ahli PKBM (L) untuk belayar bersama kapal TLDM telah menjadi kenyataan kerana mereka terpilih menjadi kumpulan pertama belayar bersama kapal perang TLDM.


Seramai 160 peserta daripada 10 buah sekolah di bawah pengurusan KD PELANDOK termasuk jurulatih/staf, guru pengiring, wakil Sel PKBM (L) MPL dan seorang wakil Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak terlibat dalam pelayaran tersebut.


Pelayaran tersebut telah dilaksanakan pada 5 Apr 12 (satu hari) meliputi perairan Pulau Pangkor dan Kepulauan Sembilan.

KD MAHAWANGSA sebagai platform adalah sangat bertepatan kerana kejayaan kapal tersebut memperolehi pengiktirafan Sijil  5S, MS ISO 9001: 2008 dan OHSAS 18001:2007 dalam masa hanya 1 tahun (2012) dan ia amat membanggakan dan boleh dijadikan contoh kepada semua peringkat anggota TLDM mahupun orang awam.


Antara aktiviti yang diadakan di atas kapal tersebut termasuklah taklimat keselamatan oleh Pegawai Laksana KD MAHAWANGSA Kdr Ahmad Nazree Abu Hasaan TLDM, persembahan video KD MAHAWANGSA (kejayaan dan pencapaian kapal), lawatan dan penerangan bahagian dan compartment di kapal, ceramah motivasi serta makan tengahari dan solat zohor berjemaah di Geladak Kereta Kebal.


Aktiviti yang dilaksanakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada ahli kadet PKBM (L) tentang rutin harian warga TLDM di kapal, memberi pendedahan berkaitan ilmu kelautan, memberi pengalaman baru kepada pelajar di samping menarik minat pelajar menceburi kerjaya TLDM melalui pendedahan kehidupan sebenar warga TLDM di kapal yang mencabar.
 
Walaupun pelayaran tersebut hanya mengambil masa satu hari (day trip), namun riak wajah gembira dan teruja semua ahli PKBM (L) yang terlibat, menggambarkan kepuasan yang tidak terhingga apabila impian yang selama ini dipendam tercapai.


Majlis penutup pelayaran tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah (PM) KD MAHAWANGSA, Kepten (Kept) Jamel Abd Rahman TLDM.  Majls diakhiri dengan pertukaran cendera kenangan antara PM KD MAHAWANGSA dan wakil JPN Perak, Mohamad Zaki Abdul Rahim.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...