Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, April 06, 2012

Pelayaran Bersama PKBM (L) Zon Perak Sekitar Pulau Pangkor


Sumber: Lt Muhammad Norfadli bin Badri TLDM
             Pembantu Ketua Pegawai Peperangan


Tanggal 5 April 2012 KD MAHWANGSA sekali lagi mencatat sejarah tersendiri apabila telah dipilih untuk menjadi platform bagi Pelayaran Latihan PKBM (L) Zon Perak setelah hampir 5 tahun PKBM (L) tidak menjalankan latihan di kapal. Seramai 160 peserta terlibat dalam Pelayaran Latihan Laut PKBM (L) Zon Perak yang terdiri daripada pegawai, jurulatih/staf KDP, wakil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), guru pengiring dan ahli kadet PKBM (L)


Tujuan pelayaran latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli PKBM (L) tentang kehidupan warga TLDM di kapal, memberi pendedahan berkaitan ilmu kelautan dan memberi pengalaman baru yang menarik kepada pelajar. Seawal jam 7.30 pagi lagi para peserta telah beratur di hadapan kapal untuk pendaftaran dan pengagihan jaket keselamatan.


Para peserta telah didedahkan dengan tradisi Mengibar Panji-panji atau Colors pada jam 8 pagi. Tepat jam 9 pagi kapal telah belayar keluar dari Tambatan Pelabuhan Lumut (TPL) untuk belayar sekitar perairan Pulau Pangkor. Semasa pelayaran sekali lagi para peserta telah didedahkan dengan tradisi yang cukup unik di dalam TLDM iaitu piping the side di mana kapal junior memberikan penghormatan kepada kapal senior semasa ‘berselisih’ di laut. Piping the side ini telah diberikan oleh KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN kepada KD MAHAWANGSA semasa kapal melewati Pulau Pangkor. Tradisi ini membuktikan TLDM mengamalkan nilai murni hormat menghormati antara satu sama lain tidak kira di mana jua mereka berada.


Para peserta juga telah diberi taklimat mengenai kapal dan TLDM serta dibawa melawat ke seluruh kapal. Mereka didedahkan dengan kerja-kerja yang dilakukan di atas kapal semasa pelayaran seperti cara mengemudi kapal, menyelia jentera, penerangan meriam 57mm, memasak dan sebagainya.


Kapal telah selamat berlabuh semula di TPL tepat jam 3.30 petang, Majlis penutup Pelayaran Latihan PKBM (L) Zon Perak tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah di Geladak Kereta Kebal setelah kapal berlabuh. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...