Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, April 19, 2012

Malam Mesra KD MAHAWANGSA – PSSTLDM KD SRI KLANG

Sumber: LtM Nur Ashikin bt Azman PSSTLDM
             PSSTLDM KD SRI KLANG





10 Apr - Malam Mesra KD MAHAWANGSA – PSSTLDM KD SRI KLANG ini telah diadakan di Geladak Kereta Kebal KD MAHAWANGSA. Ianya diadakan bagi menyambut kedatangan  anggota PSSTLDM dari KD SRI KLANG ke KD MAHAWANGSA dan bersempena pelayaran ke Pulau Langkawi. Majlis ini dikelolakan sepenuhnya oleh PSSTLDM KD SRI KLANG dengan dibantu oleh warga kapal. 


LtM Amirah mendeklamasikan sajak 'Untukmu Mahawangsa'

Majlis bermula dengan ketibaan Pegawai Memerintah Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM serta tetamu-tetamu jemputan yang lain. 

Persembahan sketsa oleh anggota PSSTLDM

Seterusnya diikuti dengan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang oleh Kept Jamel TLDM. Pada malam tersebut majlis diserikan lagi dengan pelbagai persembahan diantaranya sketsa, deklamasi sajak, nyanyian dan sebagainya. Setiap persembahan ini adalah dari kumpulan Awasan dari warga PSSTLDM. 

Nyanyian karaoke oleh anggota PSSTLDM

Majlis ini juga diselangi dengan nyanyian karaoke, di mana ianya terbuka kepada warga kapal serta anggota PSSTLDM. Pegawai Memerintah yang sememangnya terkenal dengan sikap ramah dan keterbukaannya juga turut menyumbangkan suara untuk memeriahkan lagi sesi karaoke. 

Pemberian cenderahati oleh Pegawai Laksana KD SRI KLANG

Objektif majlis ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan juga sebagai sesi suai kenal antara warga PSSTLDM KD SRI KLANG dengan warga KD MAHAWANGSA. Majlis berakhir pada jam 2330H.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...