Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, April 09, 2012

MAJLIS RAMAH MESRA BBQ DI MAWILLA 1

Sumber: Lt Mohd Fiqri bin Othman TLDM
               Lt Mohd Nasrul bin Hashim TLDM


Pemandangan Yacht Club Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) yang indah dihiasi sinaran cahaya lampu berwarna-warni dan tiupan bayu sepoi-sepoi bahasa pada malam 28 Mac 12 menjadi tempat berlangsungnya Majlis Ramah Mesra BBQ Pegawai MAWILLA 1 bersama-sama pegawai KD MAHAWANGSA dan KD LEKIU.


KD MAHAWANGSA dan KD LEKIU yang masing-masing dalam pelayaran Eksesais Tiger One dan Perang Tioman berlabuh di Tambatan Pangkalan Kuantan bertujuan mengulang bekal untuk mengisi minyak, air dan mendapatkan segala keperluan asas yang lain disambut mesra oleh MAWILLA 1 dengan menganjurkan Majlis Ramah Mesra BBQ.  

Majlis bermula pada jam 2030H selepas ketibaan Panglima Wilayah Laut 1 Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama pegawai di MAWILLA 1 dan kapal.  Peluang berkumpul dan berjumpa rakan seperjuangan dari pelbagai unit membuka ruang kepada setiap pegawai yang hadir berkongsi pengalaman dan pelbagai cerita diiringi dendangan lagu dari Kumpulan Ocean Rhythm Band (ORB).  


Kambing dan kepak ayam panggang menjadi menu utama pada malam tersebut ditambahkan lagi dengan pelbagai makanan serta buah-buahan yang enak disediakan oleh MAWILLA 1. Persembahan karaoke dari wakil setiap unit membuka peluang kepada pegawai yang berminat untuk menunjukkan bakat yang terpendam selama ini.  Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA juga tidak melepaskan peluang mendendangkan lagu kegemaran beliau iaitu Anak Kampung dengan diiringi oleh ORB. 


Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada dua orang pegawai MAWILLA 1 yang akan bertukar keluar iaitu Lt Kdr Meor Fuad bin Md Noor TLDM bertukar keluar ke KD PELANDOK dan Lt Kdr Mohd Effendy bin Mohd Shuib bertukar keluar ke BPS MTL. 


Bagi pihak pengurusan dan pegawai-pegawai KD MAHAWANGSA, ingin kami ucapkan ribuan terima kasih kepada warga MAWILLA 1 yang berusaha gigih meraikan kami dengan menganjurkan majlis ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...