Pegawai Navigasi
KD MAHAWANGSA telah ditugaskan untuk menjadi kapal induk di
dalam perlaksanaan EKSESAIS TIGER ONE 1/12 yang bermula dari 20 Mac 12 hingga
31 Mac 12. Eksesais ini melibatkan Rejimen 21 Komando yang beroperasi di Kem
Sungai Udang Melaka. Seramai 63 anggota komando telah terlibat di dalam
Eksesais ini.
Majlis penutup ini telah diadakan di geladak kereta kebal dan
diceriakan lagi dengan pemberian cenderahati dari Rejimen 21 Komando kepada
Yang Berbahagia Pegawai Memerintah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Kapt
Mohd Muaz wakil dari Rejimen 21 Komando.
Anggota dan para pegawai daripada 21 Komando menyatakan
bahawa penglibatan KD MAHAWANGSA di dalam Eksesais ini amat di luar jangkaan.
Komitmen dan bantuan yang diberikan oleh warga 1MAHAWANGSA amatlah baik dan
usaha sebegini haruslah diteruskan demi kebaikkan bersama amnya dan ATM
khasnya. Warga kapal dan warga 21 Komando dapat merapatkan tali silaturahim dan
berkenalan diantara satu sama lain.
Selain itu, majlis telah diberi kejutan dengan pertunjukan
silap mata dari anggota 21 Komando yang boleh dikatakan mempunyai bakat
terpendam. Adalah besar harapan agar kapal dapat berkerjasama lagi di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment