Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, April 19, 2012

Lawatan Persekitaran Berkualiti QE (5S) ke Kapal DiRaja (KD) Mahawangsa



Pengkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan...Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatat sejarah tersendiri menerima kunjungan hampir 200 penjawat awam dari sekitar pantai timur bagi melihat sendiri sejauh mana KD Mahawangsa mengamalkan sistem 5S.

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Hj Ab Rahim Yusuff, Pengarah Kanan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan disertai oleh seramai hampir 200 orang penjawat awam dari pelbagai jabatan dan wakil-wakil sektor swasta termasuk 20 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Kunjungan penjawat-penjawat awam ini disambut mesra oleh Pegawai Pemerintah Kapal Diraja (KD) Mahawangsa, Kapten Jamel Abdul Rahman.

Dalam taklimat kepada anggota delegasi lawatan tersebut, Kapten Jamel Abdul Rahman berkata, pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S khususnya dalam sektor awam dan swasta mampu mentransformasikan negara ke arah kecemerlangan. Amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal merupakan elemen yang penting dalam memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa kondusif dapat memudahkan pelaksanaan kerja atau perkhidmatan yang diberikan agar menjadi cekap dan efisen.

Beliau menyatakan bahawa dengan amalan 5S itu, setiap peralatan di kapal berkenaan disusun dengan teratur dan ini akan memudahkan pelaksanaan kerja atau mencari peralatan yang diperlukan.

Beliau menambah, amalan 5S juga akan memberikan banyak faedah dan kebaikan seperti memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa bersih, kemas dan berada dalam persekitaran terbaik serta dapat membantu dalam penjimatan masa, kos, kerja lebih sistematik dan budaya kerja berprofesional.

Kapten Jamel sangat yakin dengan adanya usaha yang berterusan, serta komitmen yang tinggi oleh pengamal-pengamal 5S di sesebuah organisasi, ia mampu mempertingkatkan produktiviti sekiranya berada dalam suasana dan keadaan tempat kerja yang kondusif serta selesa.

Selain itu, KD Mahawangsa telah menerima pelbagai pengiktirafan. Sepanjang tahun 2011 termasuklah daripada Malaysia Book Of Records dengan Pengiftirafan sebagai kapal pertama memperolehi persijilan MS ISO 9001:2008 dan OHSAS 18001:2007.

“Pengiktirafan sebegini mampu melahirkan idea kreatif dan inovatif yang akan menjadi tanda aras kepada kapal-kapal lain dalam Armada TLDM,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu rangka lawatan Persekitaran Berkualiti QE (5S) ke Kapal Diraja (KD) Mahawangsa, yang juga kapal terbesar dalam aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pengkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan pada 27 Mac 2012 (Selasa)

Selepas selesai taklimat pelawat telah dibawa melihat persekitaran kapal oleh anggota-anggota Awasan Bertugas yang meliputi geladak atas dan bawah. Pelawat ditunjukkan dengan hasil dan kaizen 5S yang membawa perubahan kapal kearah persekitaran yang berkualiti, efisien dan kondusif.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...