Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, April 04, 2012

Lawatan Kebajikan

Sumber: PW I KOM(I) Noor Azman bin Hj Nordin
            Yeoman Komunikasi


3 Apr 12 Jam 1730H – Di atas keperihatinan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA tentang hal kebajikan warga kapal, satu lawatan telah dilakukan oleh beliau ke atas seorang anak istimewa, adik Sharmila Azwa, yang merupakan anak kepada anggota Komunikasi KD MAHAWANGSA iaitu LK KOM Muhamad Shah bin Ahmad di Blok A23 Unit 303, RKTLDM Lumut.


Turut sama dalam lawatan ini ialah isteri Pegawai Memerintah, Puan Rohana binti Alias yang juga AJK Anak Istimewa BAKAT (L) Lumut, Pegawai Koordinasi BAKAT (L) KD MAHAWANGSA Lt Nurazlan Shah bin Ismail TLDM bersama isteri Yulia Rosalina bt Yusop merangkap Timbalan AJK Anak Istimewa BAKAT (L) Lumut dan Bintara Bahagian Komunikasi, PW I KOM(I) Noor Azman bin Hj Nordin serta isteri.


Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anggota dalam membesarkan dan menguruskan anak beliau serta bantuan yang dapat dihulurkan bagi meringankan beban anggota dan isteri.   


Dari raut wajah Pegawai Memerintah, jelas terpancar rasa terharu bila mengetahui jerih perit yang dialami oleh LK KOM Md Shah dan isteri untuk membesarkan anak mereka disamping tugas perkhidmatan yang menjadi keutamaan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka berdua dalam mengharungi dugaanNya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...