Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, April 08, 2012

LAWATAN 5S MARKAS WILAYAH LAUT 1 (MAWILLA 1) KE KD MAHAWANGSA



Acap kali perkataan ataupun panggilan 5S disebut kebiasaanya ia sangat sinonim dengan kapal penanda aras iaitu KD MAHAWANGSA yang sentiasa bersiap sedia dan gah dalam apa jua lawatan oleh mana-mana pihak samada daripada warga TLDM mahupun orang awam.

Pada 29 Mac 12 yang lalu, sekali lagi KD MAHAWANGSA mengukir sejarah dengan menerima kunjungan daripada warga Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) untuk melihat sendiri kejayaan dan implimentasi 5S yang dilakukan oleh warga KD MAHAWANGSA. Lawatan tersebut lebih menjurus kepada perkongsian maklumat dan memberi taklimat yang lebih terperinci mengenai 5S. Lawatan 5S ini bukanlah yang kali pertama dilakukan oleh wakil dari Kuantan malah dua hari sebelumnya telah dilawati oleh agensi-agensi awam yang datang dari seluruh negeri Pantai Timur dengan kehadiran  seramai 170 orang. Ia merupakan jumlah yang besar setakat ini dilawati oleh agensi-agensi awam yang telah dipersijilkan 5S dari seluruh negara.


Majlis tersebut bermula pada jam 0915H dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Ketua Staf MAWILLA 1, Kepten Mohd Azuwan bin Harun TLDM dan warga MAWILLA 1 seramai 120 orang. Pelawat yang hadir terdiri daripada pelbagai unit dan kapal yang berada di bawah naungan dan pemerintahan MAWILLA 1 seperti  KD SRI KUANTAN, SK KUANTAN, KD TERENGGANU, KD GEMPITA dan KD PENDEKAR. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, taklimat ketua 5S dan tayangan montaj di geladak kereta kebal.

Pelawat diberi peluang untuk bertanya sebanyak mungkin soalan berkenaan dengan cara pengimplimentasi 5S dan boleh menguji tahap kesiagaan pengurusan di setiap kompartmen. Selesai sahaja lawatan ke seluruh kapal, Ketua Staf dalam ucapannya meluahkan rasa kagum dan bangga kerana sebuah kapal TLDM berjaya mencapai tahap pengurusan yang tinggi bukan sekadar di dalam organisasi tentera malah diiktiraf oleh agensi awam yang lain. Selain itu, beliau menyampaikan pesanan dan ucapan terima kasih oleh Yang Bebahagia Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli kepada KD MAHAWANGSA kerana sudi berkongsi kejayaan dan maklumat tentang 5S. Beliau juga berharap agar warga MAWILLA 1 dapat menjana transformasi dan melaksanakan inovasi sepertimana KD MAHAWANGSA capai setakat ini.

Di akhir majlis, pelawat dihidangkan dengan sedikit jamuan yang amat menyelerakan. Lawatan 5S yang diadakan ini amat bermakna kerana sedikit sebanyak dapat membantu dan mencetuskan idea-idea yang bernas berkaitan perlaksanaan 5S serta mengeratkan lagi perhubungan di antara warga kapal dan warga MAWILLA 1.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...