Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, April 16, 2012

Lawatan 5s KD MAHAWANGSA di Langkawi






MPC Wilayah Utara sekali lagi telah menganjurkan sesi Lawatan 5S ke kapal  KD MAHAWANGSA   di Pangkalan TLDM Bukit Malut, Langkawi pada 12 April 2012. Lawatan kali ini telah disertai oleh 135 peserta dari pelbagai organisasi awam dan swasta dari negeri Kedah dan Perlis.

Delegasi lawatan ini diketuai oleh Tn Hj Ahmad Fadzil Mahmud, Timbalan Ketua Pengarah  MPC . Turut sama dalam lawatan ini adalah ADUN Kuah YB Dato’ Ir. Hj Nawawi Bin Hj Ahmad dan ADUN Ayer Hangat YB. Haji Mohd Rawi Bin Abd Hamid.

Para delegasi lawatan telah diberi taklimat perlaksanaan 5S dan dibawa melawat kapal tersebut. KD MAHAWANGSA merupakan kapal perang pertama di Malaysia yang berjaya mendapat pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti.

Dalam ucapan aluan Pegawai Memerintah kapal KD MAHAWANGSA, Kapten Jamel Abdul Rahman mengucapkan terima kasih di atas kesudian para pelawat yang hadir. Menurut beliau menyifatkan bahawa amalan 5S yang telah dilaksanakan telah memberi banyak transformasi yang positif dalam melakukan kerja seharian di kapal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...