Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, April 13, 2012

Lawatan 5S di Pulau Langkawi, Kedah

Oleh: Lt Hasbullah bin Hasan TLDM
         Timb. Pegawai Navigasi



LANGKAWI - Bersempena pelayaran anggota PSSTLDM KD SRI KLANG ke Pulau Langkawi, sekali lagi KD MAHAWANGSA menganjurkan lawatan 5S kepada agensi –agensi  perkhidmatan awam mahupun swasta untuk melihat sendiri kejayaan KD MAHAWANGSA melaksanakan dan mengamalkan amalan 5S dengan jayanya. 




Melihat kepada kejayaan KD MAHAWANGSA  sebagai  kapal pertama di Malaysia yang diiktiraf sebagai kapal yang mengamalkan amalan 5S membuatkan para jemputan merasa teruja untuk melihat dengan mata sendiri.



Seramai kira-kira 200 tetamu termasuk ADUN Kuah YB Dato’ Ir. Hj Nawawi Bin Hj Ahmad,  ADUN Ayer Hangat YB. Haji Mohd Rawi Bin Abd Hamid telah meluangkan masa melihat sendiri bagaimana warga KD MAHAWANGSA mengamalkan dan  mengekalkan amalan budaya 5S dalam kehidupan seharian yang lebih teratur dan bersistematik di kapal.




Dalam ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM telah menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian para pelawat yang hadir. Menurut beliau menyifatkan bahawa amalan 5S yang telah dilaksanakan telah memberi banyak transformasi yang positif dalam melakukan kerja seharian di kapal. 




Menurut beliau lagi berharap agar  agensi-agensi kerajaan dan swasta di Pulau Langkawi dapat mengamalkan amalan 5S seterusnya menjadi budaya dalam kehidupan seharian untuk menjadi sebuah negara maju yang bertaraf dunia dan mungkin akan menjadi sebuah pulau yang pertama mengamalkan amalan 5S di dunia.


Manakala melalui ucapan balas YB Dato’ Ir. Hj Nawawi Bin Hj Ahmad setelah melakukan lawatan ke sekitar kapal yang diiring oleh Pegawai Memerintah sendiri menjelaskan bahawa beliau berasa sungguh teruja melihat sebuah kapal yang usianya berusia hampir 29 pengoperasiannya dapat mengamalkan Amalan 5S. Menurutnya, Amalan 5S adalah suatu program yang cukup praktikal untuk menjadi suatu amalan dalam kehidupan seharian dan bukan retorik semata-mata.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...