Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, April 02, 2012

Latihan Penembakan Senjata Kecil Di Laut Sempena Eks TIGER ONE 1/12


Sumber: Lt Kdr Mohd Faizal Izwan bin Zainon TLDM
             Pegawai Persenjataan
  

Seramai 64 anggota Komando dari 21 Rejimen Gerak Khas telah melaksanakan latihan penembakan senjata kecil di laut ketika kapal dalam pelayaran Eks TIGER ONE 1/12. Latihan ini dilaksanakan bagi menguji keberkesanan senjata disamping melengkapkan salah satu siri rancangan latihan kapal dengan anggota 21 RGK.

Keadaan laut yang tenang dan keadaan cuaca yang sangat baik telah membantu kelancaran latihan ini. Kapal bukan saja menjadi platform terhadap latihan ini bahkan telah memberikan seluruh komitmen terhadap pelaksanaan latihan ini dengan menyediakan  segala peralatan serta kemudahan latihan.


Kesempatan ini telah digunakan oleh warga kapal mempelajari lebih dalam mengenai tatacara pengendalian dan teknik-teknik penembakan senjata kecil daripada pasukan ini. Jelas kelihatan hasil daripada latihan ini, warga kapal lebih berkeyakinan dan sedikit sebanyak memberikan pengalaman berharga melaksanakan latihan dengan pasukan yang mahir dan digeruni ini.

Diharapkan latihan sebegini dapat dilaksanakan secara berterusan kerana ianya bukan saja dapat memenuhi keperluan latihan untuk meningkatkan kesigaan antara kedua-dua perkhidmatan malah modal insan juga dapat diterapkan melalui semangat dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...