Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, April 18, 2012

LANGKAWI FUN RIDE

Sumber: Lt Kdr Mohd Mursyid bin Mahjuddin TLDM
             Pegawai Jurutera Merin


Tanggal 15 Apr tercatat satu lagi memori bagi krew BDNS. Beberapa anggota yang mempunyai hobi untuk berbasikal telah mengambil kesempatan dan tidak melepaskan peluang keemasan ketika kapal sedang beroperasi di MWL3 untuk melaksanakan aktiviti berbasikal. Kayuhan santai ini dinamakan Langkawi Fun Ride. Kayuhan bermula daripada Jeti MWL3 ke Dataran Helang di Pekan Kuah dan kembali semula ke Jeti MWL3. Jarak kayuhan dianggarkan sejauh 36km. Ia bertujuan untuk mengisi masa lapang anggota kapal disamping dapat meningkat tahap kecergasan.

Cyclist melepaskan keletihan dengan menikmati
Teh O Ais Laici 3 Lapis istimewa Langkawi
Kayuhan bermula pada jam 1600 dan tamat pada jam 2000. Sepanjang kayuhan, kami disajikan dengan panorama yang menarik dan memukaukan disamping dapat juga bertemu dengan beberapa orang cyclist yang aktif di Pulau Lagenda itu. Laluan yang perlu ditempuh oleh cyclist adalah berbukit dan sedikit landai. Ini merupakan cabaran besar kepada beginner cyclist. Namun berkat sokongan dan dorongan cyclist yang lain akhirnya kami berjaya juga untuk sampai ke destinasi yang kami hajatnya.

Cyclist bergambar di Dataran Helang Langkawi
Secara keseluruhannya, Langkawi Fun Ride ini memberi seribu makna kepada anggota kumpulan disamping dapat mengubat rindu penulis yang sudah 3 minggu tidak kayuh. Diharapkan dengan adanya aktiviti ini, ianya dapat meningkatkan semangat dan moral krew BDNS. Ribuan terima kasih kepada PM BDNS kerana menyokong dan memberi dorongan kepada kami. Sehingga berjumpa lagi pada kayuhan yang akan datang…….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...