Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, April 07, 2012

KD MAHAWANGSA Terima Kunjungan Tetamu dari Sarawak

Sumber: www.blog.mpc.gov.my


Berikutan kejayaan melaksanakan Lawatan 5S di Sabah baru-baru ini, pada 5 Mac 2012 menyaksikan kapal KD MAHAWANGSA menerima Lawatan 5S dari jabatan-jabatan kerajaan dan swasta negeri Sarawak. Majlis bermula dengan ketibaan tetamu-tetamu VIP iaitu Y.Bhg Datuk Abang Haji Abdul Karim Tun Abang Hj Openg; Presiden Sarawak Chamber of Commerce & Industry (SCCI) merangkap Ahli Lembaga Pengarah MPC, Y.Bhg. Datu Abu Bakar bin Mat; Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Tuan Haji Ab Rahim bin Yusoff; Pengarah Kanan MPC. 

Tetamu dibawa ke Geladak Kereta Kebal melalui elevator dan diraikan oleh warga 1MAHAWANGSA. Dalam ucapan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA; Kapten Jamel bin Abd Rahman TLDM, beliau merasa bangga dengan sikap keperibadian dan semangat yang ada dalam diri setiap warga kapal kerana mampu melaksanakan setiap tugasan yang diberikan dengan sempurna. Amalan 5S yang diamalkan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan peningkatan kualiti setiap kerja.

Menyusul selepas itu ialah Taklimat 5S oleh Pegawai Laksana Kdr Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM. Taklimat yang disampaikan mencakupi amalan dan pelaksanaan 5S oleh setiap jabatan, bahagian serta Kumpulan 5S di kapal bermula selepas kapal keluar dari limbungan sehinggalah ke minggu-minggu akhir audit. Selesai sahaja lawatan, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Y.Bhg Datuk Abang Haji Abdul Karim Tun Abang Hj Openg; Presiden SCCI. Dalam ucapannya beliau amat berbangga dengan pencapaian yang dilakukan oleh KD MAHAWANGSA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...