Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, April 11, 2012

Dobiku Oh Machaku

Sumber: Lt Kdr Muhamad Idrus bin Mat Zain
              Pegawai Bekalan





Dalam kesibukan melaksanakan tugas operasi seharian, tidak dilupakan ada insan yang turut bertungkus lumus  menyumbang khidmat bakti dalam menyediakan kemudahan terbaik bagi warga KD MAHAWANGSA. Sekilas pandang dilihat perwatakan dan lagak anak muda ini mirip artis superstar antarabangsa terkenal Micheal Jackson.  Rupanya tiada tetapi manis itu ada.  Orangnya kurus namun tetap bergaya. Si polan yang dimaksudkan ialah Encik Ganapathy A/L Ramakrisnan iaitu seorang pekerja dobi  yang baru ditempatkan untuk melaksanakan khidmat dobi di KD MAHAWANGSA.

Beliau menetap di Teluk Intan Perak dan merupakan anak bongsu daripada 7 beradik. Encik Ganapathy atau lebih sinonimnya diberikan gelaran atau jolokan gelaran mesra ‘Macha’ telah mula berkhidmat  sebagai Dobby Man di KD MAHAWANGSA pada awal tahun 2012.  Beliau telah dilahirkan pada 23 Dis 1990 dan kini berumur 21 tahun.  

Beliau dilihat merupakan seorang pekerja yang periang dan rajin. Ironinya, beliau sentiasa menunjukkan sikap yang positif ketika melaksanakan tugas seharian sebagai Dobby Man.  Tak kala ada di antara anak-anak kapal yang sedang melaksanakan tugasan tertentu, beliau dengan rasa berbesar hati dan ringan tulang turut membantu sekiranya berkelapangan.

Antara aktiviti yang sering disertai beliau ialah kegiatan mencuci kapal, memasak dan mengecat di sekitar kawasan dek kapal.  Beliau kini ditempatkan di bawah seliaan Jabatan Bekalan (STOR AM), sebarang aktiviti cucian dobi kapal akan dilaksanakan oleh beliau dengan dipantau oleh anggota bekalan bagi mengawal panggunaan air ketika di pelabuhan atau semasa pelayaran.  

Beliau ketika ditemubual melahirkan rasa seronok dan gembira berkhidmat di kapal KD MAHAWANGSA.  Selain sentiasa tersenyum riang, beliau amat mudah didekati.  Seluruh warga kapal amat berbesar hati dan sentiasa bergurau senda serta menghormati beliau walaupun merupakan seorang pekerja awam. 

Sepanjang pelayaran dan perkhidmatan di kapal ini selama 3 bulan, beliau telah melawati pelbagai tempat menarik sekitar Malaysia seperti di negeri Sabah amnya iaitu daerah Kota Kinabalu, Sandakan.  Selain itu, beliau juga telah sempat berkunjung ke negeri di Sarawak iaitu bandar Kuching dan di negeri Pahang Darul Makmur iaitu bandar Kuantan. Beliau ketika ditemubual menyatakan keseronokan belayar sambil melancong yang mana jarang dinikmati oleh beliau sebelum ini. Semoga keakraban ini sentiasa menjalinkan persahabatan warga 1MAHAWANGSA tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...