Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, April 04, 2012

200 lawat KD Mahawangsa di Tanjung Gelang

Sumber: malaysiazoom.com



KUANTAN 30 Mac Kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan dan swasta melawat kapal perang pertama Malaysia, KD Mahawangsa yang menerima pengiktirafan cemerlang audit Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang di sini baru-baru ini.

Lawatan itu diketuai oleh Pengarah Kanan Jabatan Kecemerlangan Perniagaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Ab. Rahim Yusoff.

Pada lawatan yang mengambil masa selama tiga jam itu, pelawat telah diberi taklimat berhubung perlaksanaan 5S dan dibawa melawat kapal tersebut.

Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, Kapten Jamel Abd. Rahman berkata, Amalan 5S amat berbaloi dilaksanakan kerana berjaya mewujudkan suasana kerja yang lebih sistematik serta profesional.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...