Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, April 07, 2012

140 kunjungi Pangkalan TLDM


Sumber: Berita Harian
              2 Apr 12

KUANTAN – seramai 140 kakitangan daripada pelbagai agensi awam dan swasta menyertai lawatan Persekitaran Berkualiti QE 5S KD Mahawangsa di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang dekat Kuantan disini baru-baru ini.

Sempena lawatan itu mereka berpeluang merasai pengalaman menaiki kapal perang dan melihat sendiri pengurusan yang teratur dan kemas.

KD Mahawangsa adalah kapal yang pertama diberi pengiktirafan Persijilan Persekitaran Berkualiti 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Amalan sistem 5S (sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal) dari Jepun berjaya diterapkan kerana ia berkesan memantapkan persekitran organisasi yang lebih berkualiti melalui pengurusan visual.

Program selama 4 jam itu memberi pengalaman yang berguna dan boleh dimanfaatkan peserta ke dalam organisasi masing-masing.

Seorang pelawat Ketua Inspektor Penor, Mohd Azuan Zahari, 36, berkata dengan pengiktirafan yang diterima KD Mahawangsa, ianya memberi idea kepada organisasi lain untuk mencontohinya kerana dapat meningkatkan kecekapan pengurusan dan mengurangkan kos serta risiko kehilangan dokumen penting.

Katanya Penjara Penor turut mendapat persijilan QE 5S pada tahun lalu dan dalam proses mengekalkannya.

Memang saya teruja apabila berpeluang menaiki kapal perang terbesar TLDM serta dapat mempelajari banyak perkara baru disini dan akan cuba terapkanya di pejabat saya.

Sistem ini juga boleh diamalkan dirumah supaya dapat mendidik anak-anak supaya lebih berdisiplin. Pada awalnya memang agak susah tetapi apabila sudah lama akan menjadi terbiasa, katanya.

Beliau berkata sistem rak yang berlebel memudahkan pekerja memantau pergerakkan keluar masuk peralatan dan dapat mengelakkan kes kecurian.

Selain dapat merasai pengalaman melawat kapal, pelawat juga berpeluang menikmati air tangan anak kapal yang menyediakan berbagai juadah untuk kami, katanya.

Pengusaha makanan, Intan Baizura Shuib, 32, berkata, sebelum ini dia pernah berkerja di Jepun dan berpeluang melihat sendiri cara mereka bekerja dengan mengamalkan 5S sebagai budaya kerja.

Di Malaysia katanya, KD Mahawangsa memang sesuai untuk dijadikan contoh ikutan kepada organisasi lain kerana sistem yang mereka amalkan begitu sempurna.

Saya membawa empat pekerja bersama supaya mereka dapat melihat secara langsung dan memperlajari sistem yang diamalkan disini, katanya.

Beliau percaya dapat mempraktikkan amalan 5S di kedainya kerana ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan kerja, secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti.

Katanya jika anak kapal KD Mahawangsa yang semuanya lelaki mampu mempraktikkan sistem 5S, dia yakin yang pekerjanya semua perempuan dapat mengamalkannya.

Sementara itu, Pegawai Memerintah KD Mahawangsa Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM berkata pencapaian yang diperoleh adalah berkat kesungguhan dan semangat berpasukan yang diamalkan anak buahnya.

Siapa sangka kapal yang berusia 30 tahun ini masih dapat kelihatan rapi kerana sistemnya yang begitu teratur, sudah banyak kejayaan bertaraf dunia yang dikecapi oleh KD Mahawangsa, katanya.

Beliau berharap lebih banyak kejayaan yang boleh dicapai oleh kapal itu pada masa depan kerana percaya kemampuan anggotanya yang dianggap bertaraf dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...