Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, April 21, 2012

13th Defence Services Asia (DSA) 2012 Exhibition and Conference

Sumber: Lt Mohd Zakwan bin Mohd Khalid TLDM
             Timbalan Pegawai Jurutera Elektrik & Senjata



Defence Services Asia (DSA) 2012 kali yang ke-13 telah berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur dari 16 hingga 19 Apr 12. Tema DSA untuk kali ini adalah “The Global Defence Services and Government Security Event”. Untuk pengetahuan umum, DSA telah bermula sejak dari 1988 dan diadakan setiap 2 tahun sekali. Pameran DSA merupakan kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Pameran kali ini telah mencatatkan sejarah tersendiri iaitu penyertaan terbesar dari pelbagai negara semenjak pameran ini dianjurkan. Perlbagai syarikat pengeluar produk pertahanan keselamatan dari 45 buah negara telah menyertai pameran kali ini.


DSA secara khusunya berjaya membawa secara terus syarikat-syarikat pengeluar peralatan pertahanan ke dalam negara mempamerkan teknologi terkini peralatan dan kepelbagaian sistem pertahanan berteknologi tinggi dan terkini, secara tak langsungnya mempermudahkan kita untuk melihat disamping mendapatkan rujukan secara terus dengan syarikat-syarikat pengeluar dari luar negara.


Pada hari ini (19 Apr 12), warga Armada berpeluang menghadiri pameran ini. Seramai 33 pegawai dan anggota telah bertolak dari Pangkalan TLDM Lumut pada 7.30 pagi dan tiba di PWTC pada 12.00 tengahari. Wakil daripada KD MAHAWANGSA turut terlibat dengan lawatan kali ini. 

Sebanyak 7 Dewan di PWTC yang telah digunakan bagi menampung penyertaan yang luar biasa untuk siri pameran kali ini. Melalui pemerhatian warga KD MAHAWANGSA, terdapat beberapa syarikat tempatan mahupun antarabangsa yang menyertai DSA kali ini. Antara syarikat tempatan yang terlibat ialah DEFTECH, SAPURA, BOUSTED, SME ORDNANCE dan banyak lagi. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) satu-satunya Universiti yang terlibat untuk pameran ini.


DRB-HICOM DEFENCE TECHNOLOGIES SDN BHD (DEFTECH)
Selain daripada syarikat tempatan, terdapat syarikat antarabangsa yang terlibat untuk pameran kali ini. Terdapat satu syarikat antarabangsa yang menarik perhatian kami adalah Syarikat Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering (DSME) yang berpengkalan di Korea Selatan. Syarikat ini berkolibrasi bersama NGV TECH iaitu syarikat tempatan bagi membina dua buah kapal latihan yang dijangka akan memasuki Armada pada tahun 2014.

Daewoo Shipbuiling & Marine Engineering (DSME)
Pameran ini telah membuktikan negara kita mampu menganjurkan pameran yang bertaraf dunia disamping menjadi platform kepada syarikat tempatan bagi memperkenalkan produk barangan tempatan di mata dunia. Diharapkan agar lebih ramai warga Armada dapat menghadiri pameran ini dimasa akan datang bagi melihat sendiri teknologi-teknologi terkini di seluruh dunia.


Adakah Kapal Latihan TLDM seperti ini??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...