Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, March 13, 2012

Upacara Perasmian KMO 22/2012


Persembahan Bendera Warna-warni
Stadium TLDM Lumut gegak gempita dengan sorak-sorai ribuan Navy People serta dihujani dengan kelipan-kelipan lampu kamera. Ini bersempena dengan upacara perasmian pembukaan Kejohanan Mini Olmpik (KMO). 


12 Feb 12 menjadi tarikh keramat dalam kalendar sukan TLDM bagi tahun 2012 kerana kejohanan yang diadakan setiap 2 tahun ini telah diadakan sebanyak 22 kali bermula dari tahun 1976. Kejohanan yang berlangsung mulai 12 hingga 18 Feb 12 ini dikelolakan oleh Markas Armada.

Dirasmikan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL) Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin bin Ali juga merangkap Pengerusi LEKAS TLDM.

Ribuan penonton pelbagai formasi
“Saya mengharapkan kejohanan ini berjaya mencungkil bakat-bakat atlet baru di dalam TLDM untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi semasa kejohanan berlangsung dan tidak ada kenal erti menyerah kalah,” kata Datuk Nordin.

Olive, Popeye & Ninja Turtle - Maskot Formasi Armada
Di dalam upacara pembukaan ini juga beberapa persembahan turut diselitkan antaranya Bendera Warna-warni Dibawa Masuk, Persembahan Kontinjen-kontinjen Formasi, Larian Obor Kejohanan, Persembahan Payung Terjun dari PASKAL, Lafaz Ikrar Kejohanan dan Mengibarkan Bendera Kejohanan.

Kontinjen Armada telah diumukan sebagai pemenang bagi ‘Persembahan Menarik’ ketika acara Kontinjen Formasi Berjalan Masuk. Walaupun kekuatan formasi Armada adalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan formasi-formasi lain seperti Markas Armada, Markas Bantuan dan Markas Pendidikan & Latihan.

Kontinjen Formasi Armada
Dengan sokongan ratusan penyokong dari formasi Armada yang hadir, ini sekaligus membuktikan bahawa mereka bukannya formasi yang boleh dipandang remeh. Ditempatkan di dalam kumpulan-kumpulan kecil di beberapa sudut stadium serta dikelilingi oleh penyokong-penyokong formasi lain, warga penyokong Armada tetap kekal memberikan sokongan tidak berbelah bahagi. Semangat sebegini haruslah dicontohi oleh formasi-formasi lain yang mempunyai ribuan penyokong.

'Pahlawan Melayu' bersama maskot formasi

Selain sokongan penonton yang hadir, kejayaan Kontinjen Armada ini juga disebabkan oleh penglibatan Pegawai-pegawai Memerintah kapal yang secara langsung hadir menyertai kontinjen berjalan masuk. Segak serta kemas bergaya dengan berpakaian ala-ala pahlawan Melayu zaman silam, Pegawai-pegawai Memerintah yang menyertai kontinjen ini mendapat tepukan gemuruh dari para penonton ketika berjalan masuk. 

Sikap turun padang Pegawai-pegawai Memerintah kapal di dalam apa jua aktiviti membuktikan semangat dan komitmen yang tinggi demi memastikan Armada tetap gah di alam bidang sukan. Ini adalah sebahagian contoh kepimpinan yang baik, serta wajar diikuti oleh Navy People.


Sebelum majlis selesai, para penonton dipertontonkan dengan petunjukkan bunga api yang telah berjaya memukau ribuan penonton yang hadir.

Pertunjukkan Bunga Api

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...