Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, March 28, 2012

TAHNIAH KD MAHAWANGSA !!!

Sumber: http://askarsetia.blogspot.com


Semalam, seorang sahabat saya yang merupakan seorang pegawai TLDM telah menunaikan janjinya untuk menghadiahkan topi KD Mahawangsa. Bangga saya memakainya. Pengalaman saya untuk dapat turut serta bersama-sama menaiki kapal tersebut pada Julai 2011 merupakan satu pengalaman manis yang saya tidak akan lupakan.

Walaupun TLDM kini 'dihujani' dengan pelbagai kritikan, sendaan dan tuduhan oleh 'hero serba tahu' (saya maksudkan orang-orang politik dan pembaca alam siber yang tidak habis-habis menyebarkan komen dan rumor), namun TLDM dan KD Mahawangsa terus mengekalkan kecemerlangan didalam perkhidmatan. pengalaman sendiri menaik kapal tersebut telah cukup membuka mata semua orang! KD MAHAWANGSA mampu bergerak dengan kelajuan 16.5 knot dilengkapi dengan persenjataan berat, radar dan keupayaan kargo dalam jumlah yang besar. Kelengkapan dan persekitaran kapal yang dijaga rapi, pegawai dan krew kapal yang peramah dan kejayaannya dalam menyertai pelbagai misi dalam dan luar negara menjadikan kapal tersebut layak dinobatkan sebagai THE BEST DAMN SHIP IN THE NAVY...

Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus kekal sebagai yang terbaik di kalangan terbaik apabila dianugerahkan pensijilan ‘5 S’ oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Penganugerahan tersebut mencatat sejarah tersendiri apabila KD Mahawangsa menjadi kapal pertama di negara ini yang dianugerahkan pensijilan itu.

Tahniah KD Mahawangsa!

Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kepten Jamel Abdul Rahman berkata, kapal yang berusia hampir 30 tahun itu kini lebih baik menerusi pelbagai perubahan dan penambahbaikan. “Semuanya menumpukan tentang keberkesanan dan kecekapan operasi KD Mahawangsa dengan mengutamakan aspek keselamatan. “Ia diperkukuhkan lagi menerusi kerja sepasukan yang penuh komited dan moral anggota yang tinggi,”.

Pensijilan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC, Mohd Razali Hussain kepada Jamel Abdul Rahman di atas kapal KD Mahawangsa di Pangkalan TLDM di Lumut pada Khamis. Pensijilan ‘5 S’ merupakan sistem amalan persekitaran berkualiti iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...