Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, March 12, 2012

Sarikin: Tempat Harus Dikunjung



Terletak di antara sempadan Malaysia dan Indonesia, Sarikin yang terletak di Sarawak adalah tempat yang harus dituju bagi yang berminat dengan aktiviti membeli belah. Warga 1MAHAWANGSA juga tidak melepaskan peluang yang ada untuk ke sini.

Terkenal dengan perusahaan tradisional seperti tikar dan perabot rotan, para pengunjung tentu berasa teruja denga nilai harga yang ditawarkan kerana ianya terlalu murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di pasaran.

Pelbagai lagi barang yang boleh didapati di sini dari barang dapur, pakaian, cenderahati dan sebagainya.


Dibuka hanya pada hujung minggu, tempat ini sudah sesak dengan orang ramai yang ingin membeli belah seawal jam 6 pagi.

Jangan lepaskan peluang ke sini jika anda berada di Kuching.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...