Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, March 05, 2012

Sambutan Terhadap KD Sri Sandakan Amat Menggalakkan

Sumber: New Sabah Times 23 Feb 2012


SANDAKAN: Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Jamel bin Abd Rahman melahirkan rasa bangga dan terima kasih terhadap warga Bandar ini yang sentiasa memberikan sambutan amat menggalakkan setiap kali kapalnya singgah di pengkalan KD Sri Sandakan.

Beliau berkata, sambutan yang diberikan jelas menunjukkan masyarakat setempat terutamanya generasi muda begitu berminat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila apa jua program mahupun aktiviti tertentu mendapat sokongan.

Katanya, hubungan baik antara TLDM dengan masyarakat setempat tentunya merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang lebih akrab tambahan pula pasukan keselamatan ini sering mengadakan pelbagai program untuk masyarakat terutama pada hujung minggu.

“Saya bangga dan berterima kasih kepada pendudu Bandar Sandakan yang sentiasa memberikan sambutan menggalakkan setiap kali kapal KD MAHAWANGSA ini singgah di pengkalan KD SRI SANDAKAN untuk menghantar keperluan lojistik dan sebagainya dari Lumut, Perak.

“Lebih kurang 15 000 orang pengunjung telah melawat kapal pada program Hari Terbuka TLDM yang kita buka pada orang ramai pada hari sabtu dan ahad yang lepas. Ini merupakan satu pencapaian yang tertinggi sama juga seperti tahun lalu apabila program yang sama turut menerima sambutan begitu baik sekali.

“Ini bermakna, orang ramai khususnya warga masyarakat bandar Sandakan ini berminat dengan TLDM kerana apa juga aktiviti yang kita laksanakan sudah pasti mendapat sambutan amat menggalakkan,” jelasnya semasa ditemui pemberita dalam Majlis Koktel KD MAHAWANGSA di KD SRI SANDAKAN, di sini, malam selasa.

Jamel, yang memerintah KD MAHAWANGSA selama setahun lapan bulan berkata baru-baru ini kapal tersebut telah dianugerahkan persijilan ISO sekali gus membolehkan ia menerima sijil pengurusan yang terbaik.

Katanya, anugerah yang diperoleh adalah disebabkan beberapa kecemerlangan antaranya apabila warga TLDM yang berkhidmat di dalam kapal armada ini melaksanakan kesiapsiagaan yang terbaik khususnya dari segi audit dan banyak lagi.

“Berikutan anugerah ISO yang kita terima, KD MAHAWANGSA juga menjadi penanda aras kepada pasukan TLDM diatas kecemerlangannya,” ujarnya yang sebelum ini pernah memerintah kapal KD PELANDOK.

Hadir sama pada majlis koktel itu termasuk Pegawai Memerintah KD SRI SANDAKAN, Kept Ali Idrus, pegawai-pegawai kerajaan negeri serta persekututan dan juga pemimpin masyarakat setempat.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...