Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, March 20, 2012

Pertandingan Karaoke Suara Emas KD MAHAWANGSA


Sumber: Lt Mohd Hilmi Bin Abdul Halim TLDM
               Pembantu Pegawai Jurutera Merin


072030H Mac 12 – Bertempat di Geladak Kereta Kebal KD MAHAWANGSA telah berlangsungnya pertandingan karaoke Pencarian Suara Emas 1 MAHAWANGSA kali yang Ke-2. Pertandingan pada kali ini telah mendapat sambutan hangat daripada kalangan warga kapal dengan disertai oleh 16 orang peserta yang beradu nasib di pentas bagi mempamerkan bakat-bakat yang terpendam. Juri-juri yang telah dipilih untuk mengadili pertandingan adalah terdiri daripada 3 juri professional yang telah lama berkecimpung di arena nyanyian.

Mereka yang disebutkan adalah LK PAP Rosmani selaku PMC Wisma Laskar, PW I KOM Noor Azman PMC Wisma Bintara dan akhir sekali penyandang juara pada pertandingan yang lepas LT KDR Idrus TLDM. Seperti episod yang sebelumnya, system permarkahan diambil dengan mengira beberapa faktor. Antaranya ialah vokal, kelancaran dan penghayatan lirik, gaya persembahan, penampilan diri dan kreativiti/penguasaan pentas. Kelucuan dan kehabatan juruacara pertandingan LK BDI Wan dan BM TMK Jasni mengendalikan aturcara pertandingan dilihat banyak mempengaruhi kelancaran dan suasana meriah pertandingan.
           

Pertandingan pada kali ini turut disaksikan oleh Pegawai Memerintah kapal yang sudi meluangkan masa bagi member sokongan dan dorongan untuk setiap aktiviti yang dilakukan oleh warga kapal. Kesudian Pegawai Memerintah menyumbangkan lagu ANAK KAMPUNG dendanganJ imme Palikat dilihat mencerminkan falsafah yang dilaungkan oleh beliau sendiri iaitu ‘ACT’ dan ‘LEAD’ bagi memastikan moral warganya ditahap yang tinggi. Lantaran daripada itu, tidak hairanlah terdapat beberapa individu yang terpanggil untuk mendendangkan lagu walupun mereka bukanlah dari kalangan peserta pertandingan.
           
Debaran mula memuncak apabila pemenang pertandingan mula diumumkan. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:

i.              Tempat Pertama – LK I TMK Aziezul
ii.             Tempat Ke-2 – LK PWP Suhaimi
iii.            Tempat Ke-3 – LK I PWP Azmi


Di akhir pertandingan, Pegawai Memerintah melahirkan rasa kagum dan gembira beliau dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh setiap warga 1 MAHAWANGSA. Beliau berharapkan agar moral dan semangat ini dikekalkan terutamanya ketika kapal memerlukan disiplin dan moral yang tinggi setiap anggota bagi mengekalkan tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam setiap operasi yang dilaksanakan. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...