Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, March 31, 2012

Perlawanan Hoki Geladak


Sumber: Lt Abdul Azim bin Abd Azis TLDM
                Timbalan Pegawai Navigasi


Selain melaksanakan tugas utama sebagai anggota tentera, warga kapal turut mengadakan aktiviti sukan semasa kapal di dalam pelayaran. Antara sukan yang dijalankan ialah sukan hoki geladak. Hoki geladak merupakan salah satu sukan yang unik yang hanya dimainkan oleh anggota TLDM.

Hoki Geladak adalah sebuah permainan yang menyerupai sukan hoki namun ianya dilakukan di atas dek kapal dan menggunakan stick yang diperbuat daripada rotan. Bola yang digunakan juga berbeza dengan bola hoki yang sebenar. Bola yang telah digunakan dipanggil Puck dan berbentuk seperti Donut.


Pada tanggal 25 Mac 12, sukan hoki geladak antara mes telah diadakan. Antara mes-mes yang terlibat di dalam pertandingan ini ialah Mes Pegawai, Mes Bintara, Mes Laskar Kanan, Mes Kelasi, Mes Bekalan dan Mes Campuran. Perlawanan telah diadakan di Geladak Penerbangan pada jam 1700H.

Perlawanan pertama ialah antara Mes Pegawai bertemu dengan Mes Campuran. Perlawanan berlangsung dengan penuh debaran. Keputusan berakhir dengan jaringan mata 3-2 dan berpihak kepada Mess Pegawai apabila Pegawai Laksana telah berjaya menjaringkan gol kemenangan di saat akhir perlawanan.


Seterusnya, perlawanan kedua berlangsung antara Mes Kelasi bertemu Mes Bekalan. Ternyata Mes Bekalan bukan lawan Mes Kelasi kerana telah dikalahkan dengan jaringan 4 -0.

Disebabkan kesuntukkan masa, perlawanan yang seterusnya akan bersambung pada pelayaran yang berikutnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...