Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, March 27, 2012

PENGIKTIRAFAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S: KD MAHAWANGSA LAKAR SEJARAH




Lumut, 26 Jan – Kapal Diraja (KD) MAHAWANGSA melakar sejarah tersendiri dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila menjadi kapal pertama yang dipersijilkan dengan Persijilan 5S, Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti. Lebih manis lagi, pencapaian ini merupakan pengiktirafan yang buat julung kali diberikan kepada sebuah kapal di negara Malaysia.

Majlis penyampaian Sijil Pengiktirafan 5S kepada KD MAHAWANGSA telah berlangsung di Geladak Kereta Kebal kapal kira-kira jam 10 pagi. Penyampaian sijil kepada Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kepten Jamel bin Abdul Rahman TLDM telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, Tuan Haji Mohd Razali Hussain dengan disaksikan oleh Panglima Armada, Laksamana Madya Dato’ Wira Jamil bin Haji Osman. Turut hadir menyaksikan majlis yang bersejarah ini ialah Panglima Sistem, Laksamana Muda Dato’ Haji Khairuddin bin Khalid, Pegawai-pegawai Kanan TLDM di Lumut serta pegawai dan warga KD MAHAWANGSA.

Dalam ucapan Panglima Armada sewaktu majlis berlangsung pagi tadi, beliau menyatakan bahawa pengiktirafan yang dicapai oleh KD MAHAWANGSA membuktikan tiada perkara yang mustahil untuk diraih dan beliau secara peribadi melahirkan rasa bangga di atas semangat serta kesungguhan warga KD MAHAWANGSA untuk memajukan diri dan organisasi dalam aspek peningkatan budaya kerja serta inovasi. KD MAHAWANGSA meraih sijil pengiktirafan sistem Amalan Persekitaran Berkualiti 5S setelah lulus cemerlang dalam audit persijilan ini pada 27 Dis 2011 yang lalu.

Terdahulu daripada itu dalam majlis pagi tadi, Panglima Armada telah menyempurnakan upacara serah menyerah tugas 5 Pegawai Memerintah unit di bawah naungan Markas Armada iaitu Pegawai Memerintah KD PANGLIMA HITAM, Skuadron 501, Skuadron 502, KD LEKIR, KD HANG TUAH dan Pelantikan Komander Markas PASKAL.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...