Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, March 29, 2012

‘PEGAWAI TUA’


Sumber: Lt Mohd Safwan bin Rashid TLDM
            Timbalan Pegawai Peperangan Elektronik


Tanggal 24 Mac 12, Pegawai Memerintah telah berbesar hati dengan mengundang 3 ‘Pegawai Lama’ yang bakal keluar setelah hampir 3 tahun berkhidmat di unit ini.

Ketibaan Lt Mohd Safwan bin Rashid TLDM, Lt Abdul Azim bin Abd Azis TLDM dan Lt Muhammad Nashrulshah bin Norasmi TLDM yang bertempat di Kamar Laksamana disambut oleh Pegawai Memerintah dengan senyuman.

Seperti kebiasaannya, bagi pegawai yang akan bertukar keluar, jamuan makan akan dibuat sebagai inisiatif Pegawai Memerintah sendiri untuk beramah mesra bagi menghargai jasa dan sumbangan bakti yang diberikan sepanjang berkhidmat di unit ini. Ini juga merupakan simbolik kepada mana-mana pegawai yang bakal bertukar keluar untuk bersama-sama duduk berbincang bagi mendapatkan input dan impak yang diperolehi hasil daripada sistem pengurusan yang telah diimplementasikan di kapal.


Harapan beliau kepada pegawai-pegawai tersebut, semoga apa yang dipelajari dan diamalkan di unit ini dapat diimplementasikan di unit baru kelak. Beliau juga berharap semoga pegawai-pegawai ini dapat mengorak langkah untuk terus maju ke hadapan bagi menjadi seorang pegawai TLDM yang berinovasi, kreatif dan berkualiti pada masa akan datang. Sedia Berkorban.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...