Sekali lagi Pegawai
Memerintah telah mengundang 2 ‘Orang Lama’ untuk menikmati makan malam bersama
beliau, di mana mereka ini telah lama berkhidmat di KD MAHAWANGSA.
Bertempat di Kamar Laksamana
ketibaan BK TMK Mohd Norhisham bin Mohd Yusoff dan LK I JTP (H) Muhamad Taufik
bin Razali disambut oleh Pegawai Memerintah.
BK TMK Norhisham Memasuki
Kekuatan Anggota (MKA) KD MAHAWANGSA pada 4 Ogos 09 sebagai Penyelia AMS 2
manakala LK I JTP (H) Taufik MKA pada 5 Okt 09 sebagai Staf Navigasi.
Tujuan utama makan malam ini
diadakan adalah untuk membalas jasa dan sumbangan bakti yang diberikan sepanjang
berkhidmat di kapal.
Sambil menikmati juadah yang
disediakan, mereka telah berkongsi pengalaman suka duka masing-masing dengan
Pegawai Memerintah.
Hasil temuramah dengan LK I
JTP (H) Taufik beliau menyatakan inilah kali pertama dapat makan secara privasi
bersama dengan Pegawai Memerintah sepanjang perkhidmatan beliau di dalam TLDM.
Beliau mengucapan ribuan terima kasih kerana diberi peluang yang bermakna ini.







No comments:
Post a Comment