Sumber: Berita Harian
6 Mac 12
KUCHING: Operasi
menyelamatkan sebuah kapal tangki yang dirampas lanun di Laut China Selatan 27
Oktober lalu, mencatat sejarah tersendiri buat pegawai dan anak kapal KD
MAHAWANGSA apabila ia berjaya dilaksanakan dengan cemerlang tanpa mengorbankan
sebarang nyawa.
Kejayaan itu bukan saja
menjadi kebanggaan anak kapal KD MAHAWANGSA, malah mengangkat martabat
keseluruhan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Pegawai Memerintah KD
MAHAWANGSA, Kepten Jamel bin Abd Rahman berkata, kejadian berlaku ketika kapal
milik Malaysia, MT Nautika Johor yang membawa 19 awak-awak termasuk 11 rakyat
negara ini, ditawan lanun jam 5.30 pagi.
“Kapal dagang itu dirampas
di Selat Singapura ketika belayar di Laut China Selatan ketika membawa minyak
dan gas dari Melaka ke Sibu, Sarawak. Sebaik dirampas, ia dibawa ke utara
perairan negara menuju Indonesia sebelum dibebaskan jam 9.10 malam dua hari
kemudian,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika berucap sempena lawatan 5S Pegawai Memerintah ke KD MAHAWANGSA di
Pelabuhan Kuching di Pending, semalam. Lawatan itu antara lain membolehkan
orang ramai mengetahui lebih dekat sejarah penubuhan kapal KD MAHAWANGSA yang
kini sudah merangkul lima anugerah sepanjang setahun ditubuhkan.
Kejayaan ini berdasarkan
konsep 5S diperkenalkan dalam kapal berkenaan iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam
dan Sentiasa Amal.
Jamel berkata, kejayaan
operasi menyelamat itu paling besar dilakukan warga KD MAHAWANGSA sehinggalah
kapal TLDM berkenaan diangkat sebagai ‘sifu’ kepada kapal lain.
“Bukan itu saja, saya begitu
teruja melihat anak kapal Berjaya mewujudkan satu kumpulan yang lebih
bekerjasama dalam semua aspek. Inilah kunci sebenar mengapa KD MAHAWANGSA
terpilih sebagai kapal terbaik di negara ini,” katanya.
Kapal itu juga dikenali
sebagai ‘Duta Kecil’ bagi memperkenalkan TLDM serta pihak pegurusan KD
MAHAWANGSA kepada umum melalui pelbagai program termasuk aktiviti Kapal Terbuka
Untuk Lawatan Awam di Sandakan, bulan lalu.






No comments:
Post a Comment