Di kesempatan yang ada Pegawai
Memerintah telah mengundang Bintara & Laskar Terbaik Bulan Feb 12 untuk
menikmati makan malam bersama beliau.
Makan malam ini telah
diadakan di Kamar Laksamana, di mana juadah istimewa telah disediakan oleh
Tukang Masak Kapal sebagai menghargai jasa mereka berdua di atas kapal.
Pelbagai kisah menarik dan
pengalaman dikongsi bersama sepanjang makan malam.
Hasil temuramah bersama
pemenang anugerah selepas makan malam, mereka menyatakan undangan sebegini
jarang dilakukan oleh mana-mana Pegawai Memerintah dan mengucapkan terima kasih
kepada beliau atas undangan yang sangat bermakna ini.







No comments:
Post a Comment